Buku ini memaparkan secara terperinci konsep keseimbangan sosial berdasarkan dalil-dalil yang jelas daripada al-Quran dan sunah. Perbincangan buku ini tertumpu pada cara bagaimana Islam mewujudkan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mewujudkan ketidakseimbangan sosial. Kupasan yang diberikan penulis tidak hanya berlegar dari sudut teori malah membawa pembaca untuk menilai keadaan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan tugas kerajaan untuk mencapai keseimbangan sosial semakin mencabar. Keberkesanan dalam beberapa usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang ekonomi dan sosial telah dianalisis secara kritikal oleh penulis.

Kategori: Buku Baharu

Kita Hilang Segalanya mengandungi 81 buah puisi dengan memaparkan tema keagamaan, manusia, sosial, politik dan ekonomi. Gagasan idea terhadap kehidupan masyarakat yang bergolak dalam kemelut diri dan persekitaran pengarang disentuh secara tersirat. Lontaran pengalaman yang memukau perasaan dengan penggunaan bahasa figuratif dan penggunaan gaya yang mengekalkan keindahan puisi yang memiliki unsur0unsur didaktif tersulam indah penuh ketersiratan falsafah Melayu.

Kategori: Buku Baharu

Mimi, seekor anak ikan amat gembira bertemu dengan anak katak. Mimi bermain dengan anak katak sehingga malam. Ibu ikan berasa sangat bimbang. Dengan bantuan kura-kura, ibu ikan berjaya menemui tempat bermain Mimi dengan anak katak. Apakah yang berlaku pada Mimi dan anak katak? Bacalah Kasih Si Ibu Ikan untuk mengetahuinya.

Kategori: Buku Baharu

Bahasa sukuan mempunyai nilai sentimental dalam kalangan pelbagai suku kaum di Sarawak. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan daftar kata bahasa sukuan Sarawak ini merupakan kesinambungan penerbitan daftar kata bahasa sukuan yang telah diterbitkan sejak dahulu. Daftar kata ini memuatkan sebanyak 7337 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Melayu – bahasa Kenyah Cebup. Daftar kata ini merupakan kosa kata yang telah dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama beberapa orang rakan penyelidik yang terdiri daripada penutur jati bahasa Kenyah Cebup melalui Projek Pembinaan Manuskrip Daftar Kata bahasa Sukuan Sarawak.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini membicarakan sejarah Kerajaan Melayu secara lengkap dan menambah mewarnai buku sejarah dalam Siri Sejarah Nusantara, iaitu mengisahkan sejarah kesultanan Melaka dari mula dibuka oleh Raja Permaisura sehinggalah tewas di tangan Portugis pada 1511.

Kategori: Buku Baharu

Dunia kanak-kanak penuh imaginasi indah dan penuh warna-warni. Namun begitu, tanpa dorongan dan kasih sayang keluarga, umpama hidup mereka kontang dan mati jiwanya. Dalam keterbatasan masa untuk mendidik, bimbinglah mereka dengan mencorakkan akhlak yang baik, agar mereka mampu mengawal emosi sendiri. Novel ini memperlihatkan kesedihan Adam yang terpaksa mengikut keluarganya berpindah. Adam cuba melupakan kesedihannya dengan melukis kartun kesukaannya, Angry Bird.

Kategori: Buku Baharu

Tumu dan Sahabat Rimba mengisahkan pengembaraan Tumu dan sahabat rimba menyaksikan rama-rama yang indah. Tumu sangat teruja dan ingin cepat pergi ke tempat rama-rama. Akibatnya, Tumu telah terjatuh ke dalam lubang perangkap yang digali pemburu. Kaki Tumu terseliuh dan tangannya luka tercucuk duri. Adakah Tumu berjaya diselamatkan oleh sahabat rimba?

Kategori: Buku Baharu

Buku ini memuatkan hasil penyelidikan lapangan di Lembangan Sungai Saribas dan sistem sungai di sekitarnya. Aspek penting yang difokuskan dalam buku ini merangkumi bahasa dan lisan masyarakat Melayu dan Iban, iaitu dua komuniti dominan di wilayah tersebut. Pada era tahun 1990-an, kesukaran jaringan perhubungan ke wilayah tersebut menyebabkan peneliti kurang tertarik untuk meneroka khazanah ilmu bahasa yang baik – yang terpendam di tengah-tengah kawasan paya mahupun di kawasan pedalaman yang terpencil.

Kategori: Buku Baharu
  • Arkib

  • Statistik

    1044053
    Visit Today : 474
    This Month : 26652
    Total Visit : 1044053
    Hits Today : 1298
    Total Hits : 4286271
    Who's Online : 12
  • Kategori