Pertama kali dia membaca novel Melayu ketika menuntut di Sekolah Menengah (P) Sri Aman di Petaling Jaya. Novel pertama yang dibacanya ialah novel wajib Komponen Sastera (KOMSAS) Tingkatan Empat, Bukit Kepong, novel sejarah nukilan Ismail Johari. Kemudian dia diperkenalkan kepada novel bertemakan perjuangan hidup melalui novel KOMSAS Tingkatan Lima, Konserto Terakhir nukilan Abdullah Hussain.

Kategori: Bakat, Featured

Buku berjudul Landskap Buluh ditulis oleh Azmy Hj. Mohamed, iaitu pensyarah kanan di Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia. Kandungan buku ini secara ringkas berkisar tentang buluh sebagai tanaman landskap.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Pada 10 Mac 2016, bertempat di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), telah diadakan Majlis Bicara Karya Tree of Sorrow: Calon Anugerah Sastera Antarabangsa Dublin (ASAD) 2016, karya Malim Ghozali Pk. Majlis ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Universiti Malaya (UM) dan Akademi Pengajian Melayu (APM).

Kategori: Berita, Featured

Ekonomi Politik Islam merangkumi tiga bidang utama iaitu ekonomi, politik dan sosial. Ketiga-tiga bidang ini disatukan menjadi satu bidang baharu kerana tiga bidang tersebut saling berkait antara satu sama lain. Hal ini terjadi kerana wujud jurang yang besar apabila ekonomi dan politik dipisahkan. Setelah wujudnya persaingan antara pengamal ekonomi dan politik, maka penggabungan dua bidang ini berjaya mewujudkan semula keharmonian antara semua ahli ekonomi dengan ahli politik.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Buku berjudul Pelan Pemakanan Seimbang ditulis oleh Umi Kalsum Hussain Zaki, iaitu Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI). Kandungan buku ini secara ringkasberkisar tentang kepentingan makanan yang seimbang kepada kesihatan tubuh manusia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Seusai Majlis Syarahan Perdana bersempena Hari Pejuang Bahasa 152 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak pada 25 Februari 2016 di Kota Samarahan, sebuah Majlis Diskusi Karya Penulis Sarawak telah diadakan sebagai kesinambungan kegiatan bahasa dan sastera yang diadakan pada sebelah petangnya pula.

Kategori: Berita, Featured

Buku ini merupakan rakaman pengalaman perjalanan peribadi Dr. Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan di Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Laktasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Pengurusan insan sering diberikan tumpuan dalam semua bidang, baik perindustrian, pembangunan, mahupun pengurusan dalam keluarga, institusi, masyarakat, negara atau dunia. Pengurusan insan dilihat sebagai satu komponen penting yang dititikberatkan dalam arus globalisasi masa kini.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1036421
    Visit Today : 1199
    This Month : 19020
    Total Visit : 1036421
    Hits Today : 5728
    Total Hits : 4251818
    Who's Online : 5
  • Kategori