Program Pembinaan Bakat Siswa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai tahun 2008. Pada tahun 2008 hingga 2012, program ini dikenali sebagai Akademi Sastera dan pada tahun 2013, ditukar nama baharunya menjadi Program Pembinaan Bakat Siswa.

Kategori: Berita, Featured

Pada 18 hingga 23 Mac 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Program Minggu Penulis Remaja (MPR) kali ke-30 di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Seri Tualang, Temerloh Pahang.

Kategori: Berita, Featured

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992 dan seterusnya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta. Beliau terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.

Kategori: Bakat, Featured

Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja dan Pelancaran Novel Sejarah anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah diadakan pada 8 Mac 2017 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.

Kategori: Berita, Featured

Jejak Seni: Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad (2017: Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka). Inilah tajuk buku hasil tulisan Tan Sri Johan Jaaffar, penulis (yang menulis rencana, esei, kritikan), penulis kreatif (yang menulis novel, cerpen, drama -- sama ada drama TV, radio, pentas, adaptasi, terjemahan), pelakon, pengarah, tokoh budayawan dan tokoh korporat. Jejak Seni ialah kumpulan cerita peribadi seorang penglipur lara glokal yang tersohor.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Kepentingan membaca dan memahami itu dibuktikan apabila para ilmuwan ditanya tentang langkah pertama menuju kejayaan. Jawapan mereka sama, iaitu melalui penguasaan ilmu. Bagaimanakah untuk menguasai ilmu? Pastilah dengan membaca, menulis dan memahami.

Kategori: Bicara, Featured

Majlis penyerahan Projek Pembangunan Semula Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur telah diadakan pada 13 Februari 2017 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

KESENIAN Gordang Sembilan di Kuala Langat, Selangor telah dipelopori oleh Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Secara amnya Gordang Sembilan telah diterima di Kuala Langat sebagai salah satu daripada muzik tradisional yang kaya dan tinggi nilainya.

Kategori: Featured, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1035300
    Visit Today : 78
    This Month : 17899
    Total Visit : 1035300
    Hits Today : 506
    Total Hits : 4246596
    Who's Online : 9
  • Kategori