Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Syarahan Negarawan Negeri Sarawak pada 13 Julai 2017 di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, DBP. Syarahan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun DBP Cawangan Sarawak yang ke-40.

Kategori: Berita, Featured

Akta Bahasa Kebangsaan menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi negara. Seksyen 2 akta ini menetapkan bahawa segala urusan rasmi kerajaan harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dan seksyen ini telah diperkasakan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011.

Kategori: Bicara, Featured

Novel Penenun Cinta merupakan sebuah novel islamik dan merupakan novel kelima serta terakhir beliau sebelum beliau meninggal dunia. Novel ini mengisahkan tentang watak seorang imam tua yang sedang koma hingga menjadikan keseluruhan ceritanya berpaksikan kepada monolog tentang kehidupan, pengalaman dan luahan dari lubuk hati watak utamanya. Kisah imam tua sambil mengimbas kembali zaman mudanya memperlihatkan secara jelas keakraban hubungan manusia dengan Pencipta yang Maha Berkuasa. Selari dengan itu, penelitian ini akan menganalisis pesanan Ibnu Ahmad Al-Kurauwi dari perspektif teori takmilah.

Kategori: Buku, Featured

PADA 16 hingga 18 Mei lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi telah menganjurkan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Kategori: Berita, Featured

BERSEMPENA dengan sambutan ulang tahun ke-12 bandar raya Miri, pelbagai acara kebudayaan diadakan pada bulan Mei. Satu daripadanya ialah Malam Pengucapan Puisi Bandaraya Miri 2017. Acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS), dengan dukungan Kerajaan Negeri Sarawak, merupakan acara tahunan yang mengisi salah satu program dalam kalendar Miri May Fest semenjak pertama kali diadakan pada tahun 2013. Kejayaan penganjurannya sebelum ini merangsang DBPCS untuk meneruskannya pada tahun ini.

Kategori: Berita, Featured

Tarian Zapin merupakan tarian tradisional Johor yang menumpukan langkah tari penuh dengan kesantunan. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun dan posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya simbol memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Tarian ini mementingkan kelembutan dan keayuan penari yang menunjukkan orang Melayu sangat mementingkan nilai sopan santun dalam kehidupan.

Laras bahasa ialah variasi bahasa menurut penggunaan yang dihubungkan dengan sesuatu keadaan atau situasi yang berbeza-beza berdasarkan tajuk pembicaraan, hubungan antara pembaca dan situasi pembicaraan. Laras bahasa undang-undang agak unik kerana biasanya mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain.

Kategori: Bicara, Featured

Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Karnival Citra Bahasa dari 20 hingga 23 April 2017 yang lalu. Karnival ini terbuka kepada mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia dan juga para pelajar sekolah menengah.

Kategori: Berita, Featured
  • Laman

  • Arkib

  • Statistik

    240607
    Melawat hari ini: 44
    Jumlah Pelawat: 240607
    Hits hari ini: 64
    Jumlah Hits : 440939
    Siapa atas talian: 2
Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.