KUNJUNGAN ke Pulau Bruit bersempena dengan Program UNESCO 2019; Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah serta Kolokium Bahasa Melanau Matu, Daro dan Pulau Bruit di Daro, Mukah pada 2 hingga 5 Oktober 2019 membolehkan peserta program menyantuni masyarakat Melanau dan menyelami budaya mereka. Hal ini seiring dengan tugas peserta yang membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data bagi mendaftar kata ataupun entri di dalam Kamus Mato Daro – Melayu Dewan.

Kategori: Berita, Featured, Warisan

Festival Cempaka 2019 anjuran Kolej Cempaka, iaitu salah sebuah kolej kediaman di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Pertandingan Tarian Tradisional bertempat di Dataran Cempaka pada 26 September 2019. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan sepanjang festival ini berlangsung, bermula pada 21 September 2019 hingga 5 Oktober 2019.

Kategori: Warisan

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza.

Kategori: Warisan

Encik Md. Ghani bin Mat dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Pasir Mas, Kelantan.

Kategori: Featured, Warisan

Bersulamkan tekad, fungsi pengembangan bahasa, sastera dan penerbitan diadun menjadi satu dalam kembara sejarah apabila pasukan karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) yang diketuai oleh Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, dan Abang Haliman Abang Julai, Pengarah DBPWS, telah mengatur kembara menjejak tapak peninggalan sejarah di daerah Kota Tinggi, Johor.

Kategori: Berita, Featured, Warisan

Perlis mungkin negeri yang terkecil di Malaysia, tetapi negeri ini mempunyai keindahan alam, kebudayaan dan sejarah yang unik. Awang Batil merupakan teater penglipur lara yang terdapat di Perlis. Pada mulanya, Awang Batil dikenali dengan nama “Awang Belanga” kerana menggunakan belanga sebagai alat muzik ketika melakukan penceritaan daripada satu babak kepada babak yang lain.

Kategori: Featured, Warisan

Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pancaindera, malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan. Muzik dapat memberikan kesan dalam kehidupan orang ramai melalui seni, irama dan lagu. Muzik juga dapat ditonton dan dipersembahkan melalui pelbagai cara, sama ada secara terus ataupun melalui media.

Kategori: Featured, Warisan

Kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian, iaitu badan, roda, gandar dan kajang.

Kategori: Featured, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1014947
    Visit Today : 976
    This Month : 34292
    Total Visit : 1014947
    Hits Today : 5370
    Total Hits : 4142172
    Who's Online : 8
  • Kategori