Sejarah kewujudan adat dalam kehidupan manusia bermula menerusi kewujudan adat dalam hubungan di antara manusia dengan manusia. Secara umumnya, konsep adat menurut Sidi Gazalba dalam Masyarakat Islam: Pengantar Sosiologi dan Sosiografi (1986) merupakan adat istiadat dan upacara sakral yang melambangkan keyakinan kolektif dan muafakat dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, konsep adat dan istiadat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) merupakan peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulu kala. Kewujudan adat istiadat dalam agama Hindu yang diamalkan oleh masyarakat di Utara India dan Selatan India telah membentuk kebudayaan masyarakat di India sejak turun-temurun.

Kategori: Warisan

Makanan tradisional seperti dodol merupakan warisan yang amat istimewa sejak sekian lama dan telah menjadi identiti masyarakat Melayu Malaysia terutamanya di negeri Johor. Keistimewaannya merentasi budaya dan bangsa di negara kita. Malahan menepati cita rasa bak kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dodol atau penganan  ini walaupun dikategorikan dalam kumpulan makanan yang mengandungi banyak gula, namun tetap mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya dihidangkan pada majlis keraian ataupun musim perayaan. 

Kategori: Warisan

Menurut Zahari Ngah, 52, sebagai pembuat bubu di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, beliau menggunakan dawai dan besi sebagai bahan utama. Kerja ini memerlukan kesabaran yang tinggi, selain berkemahiran memasang dawai dan membentuk unjap, iaitu laluan untuk ikan masuk ke dalam perangkap. Unjap memainkan peranan penting dalam pembuatan sesebuah bubu, kerana jika tersalah ukuran, ia akan menyebabkan bubu tersebut gagal menarik ikan untuk memakan umpan dan nelayan akan pulang dengan tangan kosong.

Kategori: Warisan

OLEH SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Tingkeban ialah satu amalan tradisi masyarakat Jawa di daerah Sabak Bernam, Selangor. Tingkeban disebut juga ‘mitoni’ yang berasal daripada kata pitu, bermakna tujuh. Upacara ini dilaksanakan pada usia kehamilan berusia tujuh bulan dan pada kehamilan yang pertama bagi isteri. Dalam upacara tingkeban, ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air kembang setaman disertai doa yang bertujuan untuk memohon kepada Allah agar selalu diberikan rahmat dan […]

Kategori: Warisan

Bertamu ke kampung suku Temiar Bukit Kala, Batu 12, Gombak telah mendorong saya menelusuri beberapa budaya unik masyarakat minoriti ini. Temiar merupakan suku Senoi, suku orang asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Selain Temiar, suku Senoi terdiri daripada Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mah Meri.

Kategori: Warisan

Suatu kebiasaan yang unik ialah apabila pengantin telah sampai kepada bacaan surah Al-Fiil, ramailah remaja merebutkan telur masak sekali gus memakannya. Kononnya yang mendapat telur masak itu akan menjadi terang hatinya, cepat pandai membaca al-Quran.

Kategori: Warisan

Nyanyian nazam berendoi dipersembahkan antara hari ketujuh hingga empat belas selepas bayi dilahirkan. Persembahan dimulai dengan menyanyikan lagu Asma’ul Husna, iaitu 99 nama Allah, diikuti dengan membaca surah al-Fatihah. Bacaan teks daripada kitab Berzanji kemudian dilangsungkan disusuli bacaan atau nyanyian selawat.

Kategori: Warisan

Gordang Sambilan di negeri Selangor bermula seiring penghijrahan masyarakat Mandailing dari Tamparuli Selatan, Sumatera Utara ke Tanah Melayu. Pada tahun 1987, Gordang Sambilan diperkenalkan kepada tetamu sempena perasmian Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam serta kesenian ini diisytiharkan secara rasmi sebagai Gendang Paluan Negeri Selangor.

Kategori: Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1044682
    Visit Today : 1103
    This Month : 27281
    Total Visit : 1044682
    Hits Today : 4085
    Total Hits : 4289058
    Who's Online : 18
  • Kategori