KOLEKSI Kartun Dewan Pelajar daripada seorang kartunis terkenal tanah air, Imuda sememangnya ditunggu oleh peminat dan juga pengulas yang amat menggemari karya kartun beliau dalam majalah Dewan Pelajar dan karya-karya yang lain. Setiap kartunis sudah tentu memasang impian untuk membukukan karya kartun yang telah diterbitkan sebagai satu koleksi buat peminatnya. Imuda turut tidak ketinggalan dengan usahanya mengumpulkan dua siri kartun yang telah tersiar dalam majalah Dewan Pelajar selama hampir 20 tahun, iaitu “Di dan Pi” dan “Abol Batu”. Lebih bermakna, naskhah ini merupakan penerbitan pertama genre kartun bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Usaha ini dilihat sebagai titik permulaan untuk meluaskan penerbitan karya berbentuk kartun pada masa hadapan.

Kategori: Ulasan Buku

Novel Salina tulisan Sasterawan Negara A.Samad Said merupakan sebuah karya agung yang dikatakan bertaraf antarabangsa. Penulis novel ini banyak memaparkan sisa jelik Perang Dunia Kedua di Singapura. Peperangan telah banyak menghancurkan nilai kemanusiaan serta menyalahtafsirkan nilai kasih sayang. Latar zaman perang amat mempengaruhi penulisan A.Samad Said kerana beliau merupakan saksi mata era itu. Kemelaratan yang ditonjolkan dalam novel ini seolah-olah memaparkan kemarahan dan keresahan yang dialami dalam dirinya berkisar nasib yang menimpa golongan terpinggir.

Kategori: Ulasan Buku

NOVEL remaja Anak Perawan setebal 241 halaman ini ditulis oleh Abang Median Abang Said. Novel ini mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Panai. Dia lebih selesa dengan kehidupan berlatarkan belantara. Namun, Panai dibawa ibunya berpindah ke pekan Marudi selepas kematian bapanya yang menghidap penyakit kayap ular. Perpindahan ini pada mulanya tidak disukai oleh Panai. Di sekolah baharu, dia berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk perasaan rendah diri kerana bersaing dengan pelajar yang lebih pintar. Namun, dorongan ibu serta guru-guru mengubah sikap dan pendirian Panai.

Kategori: Ulasan Buku

PUTERI MOLIG mengisahkan seorang anak perempuan sulung bernama Molig yang dijadikan ‘barang cagaran’ oleh ibu bapanya untuk menebus hutang sekampit beras yang dipinjam daripada sepasang suami isteri yang terkaya di Kampung Pulau Papar, Sabah. Orang kaya itu bernama Alaat dan isterinya bernama Daing. Pasangan tersebut tidak disukai oleh penduduk kampung kerana mereka suka menghina dan bersikap angkuh terhadap penduduk kampung yang ingin meminjam wang daripada mereka. Mereka berdua menggunakan bahasa kesat dan sering menyumpah seranah penduduk kampung yang datang ke rumah mereka supaya cepat mati dan tinggal di hutan bersama orang utan.

Kategori: Ulasan Buku

PENULIS Siti Zaleha M. Hashim memulakan pengenalan buku ini dengan sejarah ringkas kemunculan puisi tradisional Melayu. Beliau menulis, “Kesusasteraan Melayu tradisional adalah hasil sastera yang telah dicipta sebelum tahun 1800 Masihi, iaitu kira-kira tiga ratus tahun yang lampau. Karya-karya ini dihasilkan sebelum ketibaan mesin cetak. Hasil ciptaan ketika itu tidak diketahui pengarangnya kerana dianggap sebagai milik bersama. Bahan-bahan kesusasteraan ini yang menjadi panduan dan teladan dalam kehidupan, mencerminkan pemikiran masyarakat silam.”

Kategori: Ulasan Buku

Novel berjudul Puteri Putih yang ditulis oleh Murad Arsad ini berkisar tentang kisah dendam kesumat Belanda terhadap Sultan Ibrahim yang membantu Raja Haji ketika pertempuran di Melaka. Tentera Sultan Ibrahim diketuai oleh Panglima Puteri Putih berjaya menewaskan tentera Belanda. Hutang darah dibalas dengan darah, hutang nyawa dibalas dengan nyawa. Gabenor Willem Arnold Altingsburg bertekad menyerang Kota Malawati, Kuala Selangor. Tenteranya diketuai oleh Laksamana Sir Jacob Pieter van Braam dan dibantu oleh Kapten Dirk van Hogendrop. Askar-askarnya sering diganggu oleh peristiwa misteri. Seorang demi seorang askar Belanda mati secara tiba-tiba.

CERPEN adalah pantulan kehidupan. Penulisnya menulis kembali apa yang terjadi kepada dirinya atau yang berlaku di persekitarannya. Seni adalah peniruan alam, seperti kata Arsitotle. Baik seni lukis, lakonan atau kesusasteraan. Saya percaya cerpen-cerpen karya Malim Ghozali PK dalam buku terbaharunya terbitan DBP iaitu Kumpulan Cerpen Cerita Sarah Leong mengambil semangat demikian.

Kategori: Ulasan Buku

SIRI Tokoh Hadis ini mendokumenkan sejarah hidup seorang tokoh pengumpul hadis, Imam al-Bukhari yang memberikan jasa yang sangat besar dalam pengumpulan hadis selepas pemergian Nabi Muhammad SAW. Kitab hadis beliau, Sahih al-Bukhari, diakui oleh semua ulama hadis sebagai kitab hadis yang paling sahih dan menjadi sumber rujukan kedua selepas al-Quran. Beliau meninggalkan khazanah yang amat bernilai bagi umat Islam.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1041335
    Visit Today : 650
    This Month : 23934
    Total Visit : 1041335
    Hits Today : 1896
    Total Hits : 4272439
    Who's Online : 14
  • Kategori