Masyarakat dunia secara umumnya mengetahui cita-cita besar rejim Zionis Yahudi untuk menakluk dan merampas tanah Palestin daripada rakyat Palestin. Pendatang haram Zionis Yahudi ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan hasrat utama mereka untuk mendirikan negara sendiri di tanah rakyat Palestin menjadi kenyataan walaupun terpaksa menumpahkan darah insan-insan yang tidak berdosa.

Siri Tanaman Bunga-bungaan dalam Landskap merupakan salah satu topik yang membincangkan bunga-bungaan yang terdapat di Malaysia. Siri ini membincangkan spesies bunga raya agar lebih ramai orang berminat untuk menjadikan koleksi bunga raya sebagai hobi dan ditanam dalam landskap mereka.

Kategori: Ulasan Buku

Ibu bapa yang memiliki anak Sindrom Down mempunyai pelbagai kesulitan untuk berkomunikasi dengan mereka. Perkembangan komunikasi kanak-kanak Sindrom Down mengalami kelewatan berbanding dengan kanak-kanak normal. Hal ini memberikan kesulitan kepada ibu bapa kanak-kanak Sindrom Down. Namun begitu, bagi memenuhi kesulitan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Bahasa dalam Komunikasi Kanak-kanak Sindrom Down yang ditulis oleh Puteri Roslina Abdul Wahid sebagai alternatif ibu bapa mendapatkan maklumat cara membina komunikasi yang betul dengan kanak-kanak Sindrom Down.

Kategori: Ulasan Buku

Secara umumnya Parlimen merupakan tempat berlangsungnya perdebatan antara Ahli Parlimen yang dilantik melalui pilihan raya umum. Perdebatan itu mencakupi perkara seperti pentadbiran, sosiopolitik, keselamatan dan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat yang telah memilih wakilnya di Parlimen. Sebahagian masyarakat tidak mengetahui sejarah penubuhan Parlimen, latar belakangnya, dan insan-insan yang pernah menggerakkan penubuhan dan perjalanan Parlimen.

Kategori: Ulasan Buku

Siri Buah-buahan Komersial Malaysia terdiri daripada buku yang membicarakan beberapa jenis buah-buahan yang berpotensi untuk diusahakan secara besar-besaran. Buku Siri Buah-buahan Komersial Malaysia - Durian merupakan buku pertama dalam siri ini.

Kategori: Ulasan Buku

Psikolinguistik merupakan satu ilmu baharu yang sangat penting, terutamanya dalam pengajaran bahasa dan pembacaan permulaan. Masalah pengajaran bahasa dan pengajaran pembacaan permulaan merupakan masalah psikolinguistik dan seharusnyalah diselesaikan dengan prinsip-prinsip psikolinguistik itu.

Kategori: Ulasan Buku

Buku berjudul Pandangan Kontemporari Alam Semesta ditulis oleh Haider F. Abdul Amiriaitu, dilahirkan di Baghdad (Iraq) pada 4 Jun 1969 dan berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah sebagai Profesor Madya. Kandungan buku ini berkisar tentang astronomi yang mengkaji evolusi, struktur dan tabiat alam semesta. Buku ini juga merupakan pengenalan kepada pelbagai misteri alam semesta dan mendedahkan sebahagian misteri yang masih belum dapat dijelaskan oleh ahli-ahli astronomi.

Kategori: Ulasan Buku

Buku berjudul Rujukan Pantas Asas Kejuruteraan Awam ditulis oleh Mohd Effendi Jamlos, iaitu Guru Cemerlang Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang Darul Makmur. Buku ini secara ringkasnya berkisar tentang konsep-konsep utama berkaitan projek kejuruteraan awam di tapak pembinaan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1037557
    Visit Today : 1039
    This Month : 20156
    Total Visit : 1037557
    Hits Today : 3188
    Total Hits : 4255544
    Who's Online : 19
  • Kategori