Jejak Seni: Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad (2017: Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka). Inilah tajuk buku hasil tulisan Tan Sri Johan Jaaffar, penulis (yang menulis rencana, esei, kritikan), penulis kreatif (yang menulis novel, cerpen, drama -- sama ada drama TV, radio, pentas, adaptasi, terjemahan), pelakon, pengarah, tokoh budayawan dan tokoh korporat. Jejak Seni ialah kumpulan cerita peribadi seorang penglipur lara glokal yang tersohor.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

FESYEN merupakan satu gaya hidup yang melambangkan peribadi seseorang. Peribadi dan status seseorang dinilai berdasarkan pakaian yang dipakainya walaupun kenyataan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua orang. Kadangkala orang yang berstatus tinggi lebih gemar bersederhana dalam berpakaian dan begitulah sebaliknya. Novel ini membuktikan sesetengah pemimpin masih memandang tinggi kesederhanaan dalam berpakaian kerana tidak mahu melebarkan jurang darjat antara pakaian rakyat biasa dengan golongan bangsawan.

Kategori: Ulasan Buku

BAHASA DIRAJA adalah sejenis kelainan sosial antara berbagai-bagai kelainan sosial bahasa Melayu. Sungguhpun bahasa ini bukanlah kelainan asas yang dipelajari oleh penutur Melayu, tetapi merupakan kelainan yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Inilah kelainan yang paling halus dan digunakan dalam situasi khusus, iaitu apabila kita berhadapan dengan atau merujuk keluarga diraja.

Kategori: Ulasan Buku

MEMBACA cerpen sering menjadi pilihan umum yang mahukan pembacaan singkat dan mudah difahami. Plot cerita yang padat dan ringkas memberikan kepuasan membaca di samping nilai estetika bahasa sastera tidak diabaikan. Bilangan halaman antara tujuh dengan lima belas muka surat menjadikan hobi membaca boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang kesuntukan masa atau yang mahukan kesudahan plot yang tidak meleret-leret. Antologi cerpen iaitu himpunan beberapa cerpen dalam sebuah buku memberi pilihan kepada pembaca untuk menikmati pelbagai peristiwa dan fikiran yang ingin disampaikan oleh penulis.

Kategori: Ulasan Buku

Buku setebal 105 muka surat ini mengandungi lima buah cerpen yang mengutarakan tema persaingan sihat pelajar, nilai-nilai murni, perpaduan, jati diri dan semangat kebangsaan.

Kategori: Ulasan Buku

Jika dalam kesusasteraan Melayu, karya klasik agung kita ialah Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu dan Sulatus Sulatin, bagi negara China pula karya agung klasik mereka ialah Hikayat Tiga Negara, Hikayat Pinggir Air dan Hikayat Jelajah ke Barat. Antara tiga karya agung klasik China tersebut Hikayat Jelajah ke Barat yang diterbitkan pada zaman dinasti Ming (1368 – 1644), adalah yang paling tersohor, yang dikenali sebagai novel klasik yang ditulis oleh Wu Cheng Eu.

Kategori: Ulasan Buku

Sastera kanak-kanak dalam bentuk buku bergambar dan buku cerita berilustrasi sangat penting dalam membina moral dan psikologi mereka. Ciri-ciri fizikal buku tersebut yang mengandungi banyak ilustrasi yang berwarna, saiz fon tulisan yang besar dan teks yang tidak padat, sangat menarik minat kanak-kanak membaca buku tersebut secara berulang kali. Sebab itulah di negara Barat, kebanyakan buku kanak-kanak diterbitkan dalam bentuk kertas tebal dan berkulit tebal.

Kategori: Ulasan Buku

Buku yang sepatutnya wajib ada sebagai bahan bacaan penting bagi setiap individu yang memiliki kereta ialah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berjudul Panduan Mudah Menjaga Kereta. Hal ini adalah kerana, kebanyakan daripada kita memang sangat dangkal pengetahuan mengenai kereta dan pengurusannya, khususnya kaum wanita. Sedangkan dengan pengetahuan awal mengenali kereta dan cara menjaga serta kendaliannya, akan dapat menyelamatkan kereta daripada cepat rosak atau menyelamatkan kita daripada terlibat kemalangan akibat kerosakan kereta yang sepatutnya telah dapat dikesan sejak awal.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1034168
    Visit Today : 384
    This Month : 16767
    Total Visit : 1034168
    Hits Today : 1328
    Total Hits : 4239662
    Who's Online : 10
  • Kategori