Thailand yang terletak di Asia Tenggara merupakan negara yang merdeka dan berdaulat. Dari segi geografi, negara ini bersambung daratan tanah besar, iaitu berjiran dengan Myanmar, Kemboja, Laos dan Malaysia. Majoriti masyarakat Thai terdiri daripada bangsa Siam dan menjadi tunjang negara ini.

Kategori: Ulasan Buku

Hubungan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera memang rapat sejak dahulu lagi. Walaupun dipisahkan oleh Selat Melaka, faktor geografi ini tidak menjadi penghalang tetapi menjadi jambatan yang saling menghubungkan masyarakat dan penduduk di kedua-dua wilayah ini. Yang menariknya, masyarakat di kedua-dua kawasan ini tidak menganggap Tanah Melayu dan Sumatera sebagai wilayah asing. Ketika kuasa Barat mula meluaskan jajahan di Tanah Melayu dan Sumatera, hubungan masyarakat di kedua-dua wilayah ini tidak terhenti begitu sahaja akibat daripada penjajahan. Dalam keadaan tertentu, berlaku proses penghijrahan secara besar-besaran masyarakat di Sumatera ke Tanah Melayu kerana tekanan daripada penjajah Belanda. Selain itu, terdapat faktor lain hal ini terjadi.

Kategori: Ulasan Buku

SONGKET melambangkan tatasusila dan adat Melayu yang tinggi nilai peradaban dan kesopanannya. Gambaran ini menjelaskan bahawa songket bukan sekadar pakaian tetapi sebagai alat menjunjung adat yang amat tertib dipakai bersesuaian dengan sesuatu upacara, masa ataupun majlis. Namun di sebalik ketertiban dan keindahannya, songket sarat dengan pelbagai tafsiran makna. Semuanya terhasil daripada kreativiti dan manifestasi pemikiran para pereka seniman Melayu terdahulu yang diperturunkan secara konvensional dan warisan. Bersandarkan kualiti dan keunikannya, songket tidak sekadar indah pada permukaannya sahaja tetapi kaya dari sudut makna dan falsafahnya.

Kategori: Ulasan Buku

Bagi Za’ba, orang Melayu lemah kerana mereka tidak mempercayai kebolehan sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu bergantung harapan kepada orang lain. Katanya, orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.

Kategori: Ulasan Buku

Bahasa menjadi perantara utama untuk memudahkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Untuk melancarkan komunikasi, individu perlu ada kebolehan berbahasa, mendengar dan bertutur. Tanpa memiliki kebolehan tersebut akan berlakulah kecacatan dalam komunikasi. Melihat peri pentingnya komunikasi secara berkesan dalam kehidupan manusia, maka terhasillah buku berjudul Memahami Kecacatan Bahasa dan Komunikasi.

Kategori: Ulasan Buku

Keadilan yang dibawa Islam bersifat sama rata dan menyeluruh. Tiada pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang, sama ada seseorang itu Muslim atau bukan Muslim, lelaki atau perempuan, dan golongan atasan atau golongan bawahan. Selain itu, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dalam menilai dan membuat keputusan penghakiman seperti keadaan pesalah, matlamat hukuman, suasana sekeliling dan sebagainya.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Kanak-kanak biasanya mempunyai kesedaran untuk berkomunikasi sebagai tanda menzahirkan perkataan dan fikiran. Pengetahuan tentang kemahiran berkomunikasi secara lisan ataupun bukan lisan, iaitu literasi memerlukan daya berfikir yang tinggi. Ilmu literasi ini bermula sejak 50 tahun yang lepas seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang pesat. Secara umumnya, literasi dari segi takrifan merangkumi aspek seseorang itu berupaya untuk membaca, menulis dan berkomunikasi dalam sesuatu bahasa.

Kategori: Ulasan Buku

Buku yang menghimpunkan 63 teks ucapan terpilih dari tahun 2009 hingga tahun 2015 ini melakarkan lima tema utama, iaitu Agama, Ekonomi dan Pendidikan, Sosial dan Kemasyarakatan, Transformasi dan Perkhidmatan Awam, serta Undang-undang dan hubungan Antarabangsa. Buku ini merupakan dokumentasi penting yang dapat dijadikan rujukan dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan dan agenda pembangunan negara, sama ada pada zaman ini atau pada masa hadapan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1013945
    Visit Today : 1208
    This Month : 33290
    Total Visit : 1013945
    Hits Today : 4620
    Total Hits : 4136725
    Who's Online : 12
  • Kategori