Tirai April dibuka dengan penganjuran program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis, Pahang. Program Penghayatan dan Seni Persembahan Sastera Tradisional (syair) dan Sastera Moden (puisi) telah diadakan pada 2 – 4 April 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN), Beserah, Kuantan, Pahang. Seramai 22 orang pensyarah dari 15 buah institusi pendidikan guru seluruh Malaysia telah menyertai program ini, iaitu IPGK Ilmu Khas, IPGK Pendidikan Teknik, IPGK Bahasa Antarabangsa, IPGK Ipoh, IPGK Raja Melewar, IPGK Perempuan Melayu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Sultan Mizan, IPGK Kota Baharu, IPGK Gaya, IPGK Kent, IPGK Keningau, dan IPGK Batu Lintang.

Kategori: Berita, Featured

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sudah menjadi acara tahunan negara dan memasuki edisi ke-38 pada tahun 2019. Acara yang menjadi perayaan bagi warga industri buku, termasuk penerbit dan penulis khususnya dan pencinta buku amnya berlangsung selama 10 hari bermula pada 29 Mac hingga 7 April di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Dalam usaha memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu ke arah cabaran globalisasi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengatur rangkaian kerjasama dan hubungan kerja dengan pelbagai institusi pengajian dan pusat penyelidikan tamadun Melayu di dalam dan luar negara. Kerjasama ini meliputi aspek kebahasaan, kesusasteraan, penyelidikan dan aspek lain yang berkaitan dengan matlamat DBP.

Kategori: Berita, Featured

Pada 7 Mac 2019, berlangsungnya program Wadah Cendekia yang membicarakan tajuk “Francis Light Bukan Pembuka Pulau Pinang”. Program kerjasama antara Bahagian Majalah dengan Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, ini hasil cetusan idea Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom lanjutan daripada program Bicara Karya oleh Bahagian Majalah yang membicarakan buku Batu Uban: Sejarah Awal Pembukaan Pulau Pinang. Oleh itu, Wadah Cendekia ini diadakan khusus untuk merungkaikan fakta sebenar sejarah awal pembukaan Pulau Pinang.

Kategori: Berita, Featured

Pada 24 Januari 2019 bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah berlangsung Ceramah Arkeologi Ke-9 anjuran Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. Ceramah ini menampilkan Profesor Dr. Agus Aris Munandar H.Hum, pensyarah sejarah dan arkeologi di Jabatan Arkeologi, Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, Indonesia, dengan tajuk “Arkeologi Majapahit: Arsitektur Candi Abad Ke-14-15 Masihi.”

Kategori: Berita, Featured

Program Pembinaan Bakat Siswa Penulisan Ilmiah telah membuka tirai bulan Mac 2019. Program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah mencapai usia 12 tahun penganjurannya. Kali ini, program ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Mac, bertempat di Dewan Bankuet, DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured

Kumpulan Onde-onde muncul sebagai johan Program Jelajah Bahasa Jiwa Bangsa (JBJB) setelah menewaskan 9 kumpulan lain di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2019 bersempena dengan Festival Wanita 2019. Pasukan itu diwakili oleh Nurul Atiqa Zafarullah (Kuala Lumpur), Nurul Fatin Atirah Rosli (Johor), Adlene Farhanie Mohd Sani (Perak), dan Nur AfifahAyuni Sara Ayu Puteri Abdul Jalil (Johor). Mereka memenangi hadiah wang tunai RM500.00, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Naib johan pula dimenangi oleh kumpulan Dim Sum, manakala kumpulan Ambuyat memenangi tempat ketiga.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Pusat Belia Antarabangsa dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan forum Canai Bahasa dan Sastera 2019 dengan tajuk “Wanita Dalam Revolusi Industri 4.0” pada 27 Februari 2019 di ruang legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1043797
    Visit Today : 218
    This Month : 26396
    Total Visit : 1043797
    Hits Today : 565
    Total Hits : 4285538
    Who's Online : 15
  • Kategori