Usaha keras Nur Fatiha Abu Bakar, pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara sekali gus memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, Piala Pusingan, sijil penghargaan dan buku terbitan DBP di pertandingan akhir Akademi Sastera 2009.

Kategori: Berita

Siapa itu Melayu? Daripada perspektif sejarah, perkataan Melayu amnya muncul buat pertama kali dalam tahun 644 Masihi. Ia tercatat dalam sumber China bertarikh 644 Masihi merujuk sebuah kerajaan di pantai timur Sumatera (Wolters, 1967). Ejaan yang ditransliterasi daripada tulisan China ke tulisan Melayu ialah Mo-lo-yu. Sekali lagi, dalam tahun 671 Masihi negeri Melayu muncul dalam sumber China.

Kategori: Berita

Bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan dan terbahagi kepada dua kumpulan. Menurut para pengkaji, kumpulan pertama bangsa Melayu dikenali sebagai Melayu Proto. Kumpulan ini kemudian berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru, iaitu kira-kira 2500 tahun Sebelum Masihi. Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera dikatakan terdiri daripada keturunan golongan Melayu Proto.

Kategori: Berita

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar University Prince of Songkla (PSU), Thailand, Program Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2010 Pelajar PSU pada tahun ini diadakan bagi kali kelapan. Program tahunan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama PSU bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar PSU menghayati dan menggunakan bahasa Melayu

Kategori: Berita

Anwar Ridhwan, penulis novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan pemenang S.E.A. Write Awards 2002 telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-10 pada Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, Selangor, pada 20 Oktober 2009.

Kategori: Berita

Tulisan Melayu huruf Arab yang telah digunakan sejak kedatangan Islam di Nusantara dikenali dengan nama tulisan “Jawi”. Nama “Jawi” merupakan kata adjektif perkataan “Jawah” yang berasal daripada bahasa Arab. Berkemungkinan besar perkataan “Jawi” atau “Jawah” ini berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu nama bagi sebuah daerah di Asia Tenggara pada zaman purba. Ini dibuktikan dengan catatan oleh Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah yang menggelar Sumatera sebagai al-Jawah

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1042003
    Visit Today : 1318
    This Month : 24602
    Total Visit : 1042003
    Hits Today : 5895
    Total Hits : 4276438
    Who's Online : 6
  • Kategori