Seramai kira-kira 50 orang karyawan sastera siber Malaysia berhimpun dalam majlis Temu Cara E-Sastera Kedah bersama-sama Presiden E-SASTERA, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas di Hostel Bustani, Jitra, Kedah pada 15 Januari lalu. Selain dari Kedah, para pesertanya datang dari Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
Teater ini berkisar pada kehidupan seorang wanita Timur yang bangkit kerana wanita Timur yang lain. Atas nama feminisme, primadona bangkit dengan membangunkan dunianya sendiri dengan mengajak wanita-wanita lain yang tertindas untuk bersama-samanya bekerja bagi menampung kehidupan mereka dan keluarga. Mereka membuka tempat tari-menari dan hiburan mengikut konsep ketimuran.
Majlis Wacana Pemikiran Zaen Kasturi dan Dialog S.E.A Write Awards 2010 anjuran bersama Persatuan Penulis Nasional (PENA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diadakan di Dewan Seminar, DBP pada 7 Januari lalu. Majlis bertujuan untuk memberikan penghargaan dan penghormatan kepada Zaen Kasturi atas kejayaan beliau meraih Anugerah S.E.A. Write Awards daripada kerajaan Thailand bagi tahun 2010.
Namun, bak kata pepatah, “Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”, semangat yang berkobar-kobar Kelab Bola Sepak DBP terhenti apabila kelab dilanda beberapa masalah dari segi pengurusan dan pemain. Akhirnya, kata sepakat diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk berundur daripada menyertai Liga Selangor sejak musim 2001.
Tidak disangkalkan lagi bahawa sastera ialah bahasa yang unggul, padat dan menunjam ke dasar makna. Hal ini boleh dilihat di Kota London misalnya, yang menaikkan sastera pada iklan-iklan bas atau kereta api bawah tanah dan akan sentiasa ditukar ganti .Negara Belanda pula mempunyai helaian kalendar harian yang menawarkan karya penyair setiap hari.
“Puisi Menjana Gagasan 1Malaysia” menjadi tema Hari Puisi Nasional ke-18 anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Kerajaan Negeri Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Dewan Bahasa Cawangan Sabah (DBPCS) diadakan pada 25 hingga 27 Februari lalu di Binsulok Resort, Membakut, Sabah.