"Daripada sekian banyak genre itu, cerpen menjadi ikon pengkaryaan beliau. Persoalan yang disentuhnya tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat tetapi melampaui sempadan antarabangsa, menerokai dunia falsafah dan sufisme, serta memberikan pencerahan terhadap isu politik antarabangsa yang kompleks ...”

Kategori: Berita

“Pengauditan ini perlu dilakukan ke atas tahap dan mutu penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan institusi kewangan dan syarikat berkaitan kerajaan. Penarafan ini akan menjadi kayu ukur kepada pencapaian institusi kewangan dari segi penggunaan bahasa.”

Kategori: Berita

Konflik antara orang kampung semakin hebat apabila traktor telah mula memasuki kampung dan mengorek sawah. Sawah bukan sahaja warisan tradisi dan rezeki mereka selama ini, tetapi sawah juga adalah simbol “warisan dan maruah” mereka yang perlu dipertahankan turun-temurun.

Kategori: Berita

Selain mendapatkan maklumat tentang sejauh mana penggunaan bahasa kebangsaan dilaksanakan sama ada secara lisan atau tulisan, seperti pada risalah, panduan pengguna, borang, iklan dan sebagainya, DBP ingin memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang tepat dan indah di premis perniagaan seperti pada papan tanda, papan iklan dan sebagainya dilakukan dengan sewajarnya.

Kategori: Berita

“ 1 BAHASA” yang ditekankan sebagai tema Bulan Bahasa Kebangsaan ini tidak bermaksud melenyapkan bahasa-bahasa lain kerana hal itu bertentangan dengan semangat perpaduan dalam kepelbagaian bahasa. Sebaliknya, “1Bahasa” menekankan penerimaan rakyat berbilang kaum terhadap bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa milik bersama. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan, “1Bahasa” mampu membangunkan keperibadian bangsa meskipun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, agama, dan budaya.”

Kategori: Berita

Isu lapuk ini akan terus berpanjangan selagi masih ada pihak yang kurang peka dan kurang bertanggungjawab untuk memelihara bahasa kebangsaan kita. Gejala ini sepatutnya tidak berlaku kerana penekanan penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia pada iklan bukanlah perkara yang baharu.

Kategori: Berita

Projek mega anjuran World Youth Foundation (WYF), Melaka dengan kerjasama dan sokongan UNESCO Malaysia dan UNESCO Sepanyol, merupakan inisiatif yang menghubungkan unsur puisi, visual, dan sosial selain membina platform untuk berdialog mengenai keamanan dunia melalui puisi.

Kategori: Berita

Dalam permainan ini setiap pemain akan beradu untuk memperoleh markah secara menjalinkan perkataan di atas papan permainan, seperti silang kata. Bahasa Melayu digunakan dalam permainan sahibba atas kesedaran dan keinginan untuk mendidik para pelajar agar kreatif dalam penguasaan kosa kata bahasa Melayu.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1014673
    Visit Today : 702
    This Month : 34018
    Total Visit : 1014673
    Hits Today : 2713
    Total Hits : 4139515
    Who's Online : 8
  • Kategori