MENGAMBIL peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meneruskan inisiatif untuk menggalakkan penulis muda menghasilkan karya kreatif yang bermutu tinggi.

Kategori: Berita

Festival Bahasa dan Sastera merupakan program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia dan Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Kali terakhir Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mementaskan teater ialah pada tahun 2009 melalui Intan yang Tercanai (karya SN Dato’ Noordin Hassan) yang diarahkan oleh A. Wahab Hamzah. Tetater ini mendapat anugerah dalam BOH Cameronian Awards pada tahun yang sama. Pada tahun ini, A. Wahab Hamzah mengarahkan teater naskhah SN Arena Wati pula, iaitu Sandera. Teater ini dipersembahkan di Auditorium DBP dari 19-23 Jun 2014 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-58 pada 22 Jun.

Kategori: Berita, Featured

Seminar Hak Cipta: Dari Novel ke Skrin yang dianjurkan oleh DBP dengan kerjasama Media Prima Berhad bertujuan untuk memberi kesedaran kepada

Kategori: Berita, Featured

SULALATUS SALATIN merupakan warisan orang Melayu yang sangat berharga yang dihasilkan oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor dan selesai ditulis pada tahun 1615 di Kota Samalanga, Aceh, Indonesia. Read More...

Kategori: Berita, Featured

Tanggal 27 November 2013, di Dewan Mahkota II , Hotel Istana Kuala Lumpur, sebanyak 40 orang pengarang karya sastera telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012. Hadiah sastera yang paling berprestij ini diadakan untuk buat kali ke-21 sejak diadakan kali pertama pada tahun 1972.

Kategori: Berita, Featured

Anugerah S.E.A. Write 2013 menyambut ulang tahun ke-35 penganjurannya dan sambutannya berlangsung dengan meriah bermula pada 9 Oktober hingga 14 Oktober 2013, di Kota Bangkok. Majlis ulang tahun yang ke-35 ini juga lebih manis dinikmati apabila Kota Bangkok dinobatkan sebagai “Ibu Kota Buku Dunia” oleh UNESCO. Anugerah S.E.A. Write ini merupakan satu bentuk penghargaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Thailand kepada tokoh penulis dari negara rantau Asia Tenggara.

Kategori: Berita

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) merupakan suatu program yang memfokuskan kempen mencintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). BBK merupakan program massa DBP untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1014411
    Visit Today : 440
    This Month : 33756
    Total Visit : 1014411
    Hits Today : 1312
    Total Hits : 4138114
    Who's Online : 10
  • Kategori