Tanggal 1 Jun 2016 merupakan tarikh bersejarah buat Prof. Dr. Zaharani Ahmad apabila beliau menoktahkan kerjaya berwarna-warni sebagai Timbalan Ketua Pengarah Dasar (TKPD) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau memulakan tugas Di DBP pada 25 Mac 2013 secara pinjaman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tugas terakhir beliau di UKM ialah pensyarah linguistik Melayu, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Kategori: Berita, Featured

Malam Puisi Padang Kota merupakan satu program yang diadakan sejak 2012 lagi. Bertemakan “Suburkan Kembali Akar Bangsa”, program ini merupakan kesinambungan dari usaha kumpulan bebas yang digelar sebagai Pustaka Puisi Jannatun (PUPUJA) yang ditubuhkan pada awal 2012 hingga 2014.

Dalam usaha memugar bakat literasi tempatan, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak telah berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Encik Buyong untuk mengadakan Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) 2016 peringkat Negeri Sarawak pada 26 hingga 28 Februari 2016 yang lalu.

Kategori: Berita

Kumpulan Loyal Crest Production (SMK Gombak Setia), muncul sebagai juara Festival Teater Remaja 2016 yang diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 11 hingga 13 Mei 2016 yang lalu.

Kategori: Berita, Featured

Oleh NORAZLINDA MISRAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Pelancaran Lagu Adaptasi Puisi pada 20 Mei 2016 di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara DBP. Projek ini merupakan satu lagi projek pelesenan di bawah Jabatan Penerbitan DBP yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek. Usaha ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian kerjasama antara DBP dengan syarikat penerbitan khususnya penerbitan lagu sebagai medium hiburan […]

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka menerima dua anugerah dalam Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 pada 22 April 2016 yang lalu, di Dewan Za‘ba, Kementerian Pendidikan Tinggi. Dua anugerah yang dimenangi ialah Anugerah Makalah Jurnal Terbaik dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial, dan Anugerah Penyuntingan Naskhah Terbaik.

Kategori: Berita, Featured

Majlis Penghargaan Duta Bahasa dan Budaya telah diadakan sempena meraikan persaraan Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Huang Huikang, Duta Besar China ke Malaysia pada 28 April 2016 bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Dato' Dr. Zurinah Hassan, pengarang ulung negara telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang ke-13. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang gelaran tersebut.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1035433
    Visit Today : 211
    This Month : 18032
    Total Visit : 1035433
    Hits Today : 1452
    Total Hits : 4247542
    Who's Online : 8
  • Kategori