Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya (UM) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Melayu 2017 pada 21 September 2017, di Akademi Pengajian Melayu, UM. Seminar ini merupakan program akademik yang berfungsi sebagai medium penyebarluasan hasil penyelidikan tentang Melayu. Selain itu, seminar ini menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan tentang peradaban Melayu dalam pelbagai konteks, seperti pendidikan, ekonomi dan perhubungan sosial.

Kategori: Berita, Featured

Pada 19 dan 20 September 2017, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Seminar Linguistik Kebangsaan 2017 (SLiK 2017) yang diadakan di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara DBP, Kuala Lumpur. SLiK 2017 yang bertemakan “Bahasa dan Akal Budi Bangsa” telah dirasmikan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa merangkap Penasihat PLM.

Kategori: Berita, Featured

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menghubungkan para ilmuwan dengan lapisan masyarakat terutamanya dalam meningkatkan dan menyebarluaskan semangat patriotisme dalam diri masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai tanggungjawab serta cinta terhadap keamanan negara sekali gus menghimpunkan pewaris negara bagi menanam semangat Sehati Sejiwa, Negaraku Malaysia.

Kategori: Berita, Featured

Membuka tirai bulan September 2017, Kursus Penulisan Kreatif Puisi Moden telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) hasil kerjasama Jabatan Pengajian Melayu IPGKPI, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pewira). Kursus ini diadakan pada 11 September 2017 di kampus IPGKPI. Seramai 30 orang pensyarah daripada pelbagai jabatan dan staf pengurusan IPGKPI terlibat dalam kursus yang dibimbing oleh Dato’ Rahman Shaari, Ketua 1 Pewira.

Kategori: Berita

Pada 22 Ogos 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, telah menganjurkan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017, di Auditorium DBP, Kuala Lumpur. Program ini diadakan sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah pengungkapan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang berkesan.

Kategori: Berita, Featured

“Saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan menganjurkan acara seumpama ini pada peringkat kebangsaan,” kata Dato’ Dr. Mah Hang Soon dalam majlis perasmian penutupan Karnival Bahasa Melayu SJK(C) dan SJK(T) Piala Pengarah Pendidikan Perak di Tapah pada 12 Ogos 2017 yang lalu.

Kategori: Berita

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBPWTgh) menganjurkan Forum Penulis Muda (FPM) 2017 pada 25 Julai yang lalu di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), Lembah Pantai. Forum ini dianjurkan bersama-sama IPGKBA dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) bagi melihat keupayaan sistem pendidikan dalam usaha untuk merealisasikan aspirasi kerajaan melalui Transformasi Nasional (TN50) bagi melahirkan generasi yang membentuk negara ke arah yang lebih disegani di persada antarabangsa pada tiga dekad akan datang.

Kategori: Berita, Featured

Buat julung kalinya, Festival Citra Siswa 2017 telah berlangsung pada 12-13 Ogos 2017, di Dewan Serba Guna Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, Tronoh, Perak. Festival ini dianjurkan oleh UTP dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Warisan Negara. Sebagai tuan rumah, UTP telah mengelolakan Pertandingan Penyampaian Syair dan Pertandingan Teater Pendek 10 Minit Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1042994
    Visit Today : 858
    This Month : 25593
    Total Visit : 1042994
    Hits Today : 2677
    Total Hits : 4282272
    Who's Online : 6
  • Kategori