Penubuhan program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM merupakan asas penting kepada seluruh umat Islam dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Lebih membanggakan lagi, program pengajian Islam dan pengajian al-Quran di USM telah mengangkat kedudukan Pusat Islam USM dan keunggulan USM sebagai universiti APEX di Malaysia.

Kategori: Berita

OLEH ATIQAH ABD RAHIM SESI Wacana Ilmu 2020 Siri Pertama yang bertajuk, “Orang Muda dan Bahasa Melayu dalam Media Sosial” telah diadakan melalui siaran langsung di Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 13 Julai 2020. Sesi tersebut menampilkan Profesor Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama Bersama, Institut Kajian Etnik Kebangsaan (KITA) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi itu membincangkan penggunaan bahasa Melayu dalam […]

Kategori: Berita, Featured

JIWA Mawar sangat romantis sehinggakan kita dapat lihat karya-karyanya lebih menjurus kepada kisah kasih sayang yang mendalam antara manusia dengan pencipta-Nya,

Kategori: Berita, Featured

“KEJAYAAN sesebuah negara bukanlah hanya terletak kepada kebijaksanaan dan kecekapan kerajaan semata-mata, hal ini perlu disokong bersama-sama pihak swasta agar berganding bahu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” tegas Yang Berhormat Mulia Tengku.

Kategori: Berita, Featured

CERAMAH umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Langsung DBP Malaysia pada 17 Jun 2020, jam 2.30 petang. Ceramah umum itu diadakan bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-64. Sesi perkongsian tersebut dikendalikan oleh ahli JKTBM yang juga pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz. Beliau membahaskan isu tulisan Jawi di Malaysia dalam kajiannya yang bertajuk, “Tulisan Jawi: Isu Agama atau Bahasa?”.

Kategori: Berita, Featured

BAGAI sirih pulang ke gagang, begitulah ibaratnya buat penyandang jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ke-11, iaitu Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang baharu ini berkuatkuasa pada 22 Mei 2020 untuk tempoh tiga tahun. Beliau  menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Kategori: Berita, Featured

DENGAN tema “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan, telah berlangsungnya perasmian Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 pada 23 April 2020. Tahniah sekretariat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat, pencinta buku, penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Kategori: Berita, Featured

Bicara Khas Sastera bersama-sama novelis terkemuka tanah air Puan Nisah Haron yang bertajuk “Hak Cipta Karya” telah dirasmikan oleh Puan Roziah bt Md. Yunus, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah. (DBP Wilayah Tengah).

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1035489
    Visit Today : 267
    This Month : 18088
    Total Visit : 1035489
    Hits Today : 1594
    Total Hits : 4247684
    Who's Online : 16
  • Kategori