Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) telah disempurnakan Dr. Mazlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 Disember 2018 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. Majlis dimulakan dengan wacana “Malaysia Negara Membaca” yang dibicarakan oleh Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil , Ahli Parlimen Lembah Pantai, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan dipengerusikan oleh Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku.

Kategori: Berita, Featured

Teater misteri muzikal Lajang Peraja diadaptasikan daripada puisi yang bertajuk “Rambut Panjang Sebelah” yang membawa maksud wanita yang bernasib malang. Teater nukilan Fello Penyelidik Kanan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr. Ahmad Zairy Mohd Soieb, yang diarahkan oleh Firdaus Abdul Latif dipentaskan di Suasar Pualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 6 Disember 2018.

Kategori: Berita, Featured

“Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna kita menidakkan atau menafikan kepentingan bahasa ibunda kaum lain. Berteraskan Perlembagaan, bahasa Melayu merupakan bahasa penyatuan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara, dan semangat Perlembagaan itu mestilah diterjemahkan oleh semua kaum dengan cara menggunakan bahasa kebangsaan untuk berkomunikasi dalam segenap aspek," demikian kata Dr. Maszlee.

Kategori: Berita, Featured

Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Bahagian Pengajian Penterjemahan dan Interpretasi (BATI), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM, Pulau Pinang, terus memperluas agenda pengantarabangsaan bahasa Melayu dan penterjemahan dengan Hainan College of Foreign Studies (HCFS), Wenchang, China. Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, telah mengetuai rombongan delegasi USM berkunjung ke HCFS. Dalam lawatan tersebut, Adnan, yang mewakili Naib Canselor USM, telah menandatangani memorandum persefahaman bagi USM dengan HCFS demi memperluas agenda pengantarabangsaan bahasa Melayu dan penterjemahan di HCFS.

Kategori: Berita, Featured

PERANAN bahasa Melayu sebagai alat perpaduan antara kaum hendaklah diberikan penekanan. Bagi merealisasikan maksud tersebut,sistem pendidikan satu aliran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu dilaksanakan di negara ini. Demikian menurut Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, dalam Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) bertajuk “Bahasa Melayu Kembali kepada Akar” yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, pada 14 November 2018.

Kategori: Berita, Featured

Bahasa Melayu, bahasa negara. Bahasa inilah yang menjadi alat pengantar ilmu pengetahuan, komunikasi dan bahasa perpaduan. Bahasa ini menyatupadukan pelbagai bangsa di tanah air.

Kategori: Berita, Featured

Festival Muzium Nelayan – Puisi Dunia Numera 2018 akan diadakan pada 7 dan 8 Disember 2018 di Tanjung Balau, Johor. Program anjuran Persatuan Sasterawan Numera (Nusantara Melayu Raya), dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), ini akan menampilkan 50 orang seniman dunia dari lapan buah negara yang terdiri daripada Sasterawan Negara, tokoh seni, penyair, sarjana, pengkaji budaya dan artis.

Kategori: Berita, Featured

Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) Zon Selatan merupakan penjenamaan semula program Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang saban tahun dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Oktober. Oktober umpama pesta bahasa untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar budaya dan pendidikan serta tahap ekonomi dan sosiomasyarakat.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    435406
    Visit Today : 276
    This Month : 2534
    Total Visit : 435406
    Hits Today : 1161
    Total Hits : 1770633
    Who's Online : 9
  • Kategori