Memang banyak iklan disiarkan dalam televisyen hari ini, tidak kira stesen televisyen itu milik negara atau milik syarikat swasta. Hal ini pasti ada sebabnya. Antara yang utama adalah iklan nyawa kedua stesen televisyen sepertimana penerbitan akhbar.

Kategori: Pendapat

Malaysia bukanlah negara yang terkenal atau dikenali dengan pelbagai keistimewaan, besar baik dari segi jumlah penduduk, keunikan budaya, saiz geografinya, inovasi teknologi moden, dan tradisi institusi pendidikan serta sejarahnya, berbanding misalnya dengan Indonesia, Jerman, Rusia, China, Jepun, Perancis, Arab, Turki, Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai contoh.

Kategori: Pendapat

Polemik pencemaran bahasa kebangsaan negara bukanlah satu perkara yang baharu. Masalah tersebut sudah acapkali dibangkitkan oleh pihak yang prihatin dengan bahasa kebangsaan menggunakan pelbagai pendekatan tanpa mencapai banyak kejayaan. Pendekatan yang berbentuk kempen kesedaran seperti ceramah dan teguran membina bukan sahaja tidak diendahkan bahkan disifatkan sebagai sesuatu yang membuang masa.

Kategori: Pendapat

Apabila datang September nanti, tepatnya 16 September tahun ini, genap setengah abad Malaysia tertubuh dan merdeka. Namun Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan tujuh tahun lebih awal seolah-olah sebagai suatu persediaan untuk mengisi kemerdekaan Malaysia dari Perlis hingga Sabah

Kategori: Pendapat

Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi negara Malaysia termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun kedudukan BM di Malaysia sebagai bahasa rasmi semakin tercabar akibaf pengaruh globalisasi yang lazimnya memberikan keutamaan kepada bahasa Inggeris (BI). Pelbagai persoalan timbul mengenai kedudukan dan masa hadapan BM di Malaysia. Sejauh manakah masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang etnik memandang tinggi akan kedudukan BM?

Kategori: Pendapat
  • Arkib

  • Statistik

    1043693
    Visit Today : 114
    This Month : 26292
    Total Visit : 1043693
    Hits Today : 221
    Total Hits : 4285194
    Who's Online : 10
  • Kategori