Komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru untuk menyertai Festival Bahasa dan Sastera 2015 ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu kepada satu tahap yang tinggi. Aktiviti seperti pertandingan forum, bercerita, koir, pidato dan deklamasi puisi merupakan satu medan bagi para pelajar untuk mencungkil bakat yang ada pada diri mereka selain dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi harian mereka.

Kategori: Catatan KP

SEPANJANG 59 tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melalui hari-hari yang manis, menyenangkan serta pahit getir perjuangan memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi bangsa dan negara Malaysia yang bertuah ini.

Kategori: Catatan KP, Featured

Usman selalu percaya akan kemerduan alam pantun dan syair, gaya tradisional yang indah serta gubahan bahasanya yang lembut dan halus tetapi kehalusan bahasanya tidak menghilangkan lapisan maknanya. Dengan keramahan dan kehalusan rasa inilah puisi Usman sering menjadi penghubung antara kaum Melayu dengan kaum Cina serta India.

Kategori: Catatan KP

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melancarkan program baharu dalam bidang penerbitan, iaitu Program Penerbitan Berpakej. Walaupun tampak sebagai jenama baharu, program ini sebenarnya merupakan peningkatan program penerbitan yang telah sedia ada di DBP.

Kategori: Catatan KP

Program Audit Bahasa Melayu (ABM) yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan satu daripada banyak inisiatif baharu yang dirancang untuk mengisi keperluan menilai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa dalam pelbagai bidang ketamadunan yang lain di negara ini.

Kategori: Catatan KP

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bergerak atas dasar mendukung falsafah pembinaan negara yang bersepadu, dengan mengambil tanggungjawab memenuhi keperluan negara untuk mempunyai bahasa negara yang dapat menjadi teras jati diri rakyat yang merdeka dan bermaruah, bahasa yang dapat menjadi wasilah perpaduan rakyat berbilang keturunan dan bahasa yang cekap dan berkesan untuk urusan pentadbiran, undang-undang, pendidikan, dan semua sektor lain.

Kategori: Catatan KP

Pada saat kita memperkatakan bahasa yang baik, timbul polemik tentang bahasa yang alamiah yang kononnya tidak perlu tertakluk pada rumus-rumus bahasa, yang malangnya kadang-kadang dikaitkan dengan tohmahan bahawa rumus-rumus bahasa itu dikhayalkan oleh ahli bahasa, bukan daripada realiti penggunaan bahasa.

Kategori: Catatan KP

Penutur bahasa kedua seperti orang Cina, India dan suku kaum peribumi di Sabah dan di Sarawak, misalnya, sekurang-kurangnya mempunyai ruang interaksi dan pendedahan kepada bahasa Melayu, meskipun sebahagian besarnya baru mempelajarinya secara formal di sekolah. Pelajar asing seperti di Asia Timur, di Eropah, di Amerika dan di Oceania sebelumnya tidak pernah kenal akan bahasa Melayu atau malah tidak pernah tahu bahawa di dunia ini ada yang dinamai bahasa Melayu.

Kategori: Catatan KP
  • Arkib

  • Statistik

    1013616
    Visit Today : 879
    This Month : 32961
    Total Visit : 1013616
    Hits Today : 2945
    Total Hits : 4135050
    Who's Online : 13
  • Kategori