Permulaan setiap tahun yang memberangsangkan bagi DBP memang selalu diharapkan oleh pihak pengurusan mahupun warga DBP. Kesemua pihak harus memastikan permulaan yang baik ini akan dilanjutkan kepada pengakhiran tahun yang baik juga, dan seterusnya tahun-tahun mendatang.

Kategori: Editorial

BULAN Disember tahun 2010 ialah bulan akhir dalam kalendar Masihi tetapi bulan permulaan bagi kalendar Islam 1432H yang jatuh pada 7 Disember 2010. Apabila kalendar Masihi melabuhkan tirainya, kalendar Hijrah membuka lembaran baharu. Klik Web DBP, akhbar digital terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru setahun jagung memenuhi ruang sesawang DBP sejak paparan pertamanya pada bulan April 2010, sentiasa dipertingkat dan dimantapkan lagi pengisiannya.

Kategori: Editorial

Kewajaran dan kepentingan sambutan BBK terbukti sejak dahulu bermula dengan sambutan Minggu Bahasa Kebangsaan pada era 1960-an. Walau apapun nama sambutan bulan bahasa yang dibuat, matlamat dan jiwanya tetap sama. Sudah menjadi kewajiban semua rakyat Malaysia memastikan usaha kelangsungan perjuangan memartabatkan bahasa ini sentiasa dibuat.

Kategori: Editorial

Pada kali ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran agar turut memastikan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda dan papan iklan di premis syarikat, pejabat dan sebagainya menggunakan bahasa kebangsaan dan mematuhi penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

Kategori: Editorial

Konsep 1 Malaysia yang lebih memfokus pada perpaduan seharusnya tidak mengenepikan satu aspek yang tiada kepelbagaiannya, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Dalam konteks rasmi tiada kepelbagaian bahasa, sebaliknya hanya ada satu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan ternyata dapat menyatupadukan kaum selama ini.

Kategori: Editorial

Antara wadah yang dapat menyatupadukan kita dan telah terbukti berjaya dilaksanakan selepas zaman penjajahan ialah penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara dan hal ini telah pun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kategori: Editorial

Agak sukar untuk mengukur dan menilai kejayaan dan keberkesanan program dan kegiatan yang dilaksanakan oleh DBP selama ini kerana ukuran tersebut bergantung pada sambutan dan penerimaan semua lapisan masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Kategori: Editorial

Tarikh 22 Jun sewajarnya diingati oleh setiap warga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sama ada terdapat acara sambutan atau majlis istimewa pada tarikh itu atau sebaliknya, 22 Jun ialah tarikh keramat, iaitu penubuhan DBP di Johor Bahru pada tahun 1956.

Kategori: Editorial
  • Arkib

  • Statistik

    1033721
    Visit Today : 1322
    This Month : 16320
    Total Visit : 1033721
    Hits Today : 9958
    Total Hits : 4238097
    Who's Online : 7
  • Kategori