Oktober semestinya bulan yang dinanti-nantikan saban tahun oleh pencinta bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap tahun pada bulan Oktober, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), iaitu salah satu program tahunan negara.

Kategori: Editorial, Featured

Banyak pihak yang terlibat dalam menentukan kemerdekaan negara dapat dicapai dan negara bebas daripada penjajahan. Walaupun tanpa pertumpahan darah, perjuangan pasti ada dan perlu dilaksanakan untuk menegakkan sebuah negara yang merdeka.

Kategori: Editorial

Persidangan seumpama ini sememangnya dinanti-nantikan oleh para penterjemah dari dalam dan luar negara kerana ia merupakan platform bagi penterjemah dari seluruh dunia bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu mereka. Banyak isu menarik yang timbul hasil pembentangan kertas kerja yang merangkumi pelbagai skop yang disediakan.

Kategori: Editorial

Usaha sebegini berkesan dalam memupuk sikap mencintai organisasi sendiri dan sekali gus dapat menepis pelbagai tohmahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang senantiasa menyalahkan DBP atas apa-apa yang berlaku meskipun terhadap perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan DBP.

Kategori: Editorial

BULAN Mei bulan perayaan. Pelbagai perayaan disambut, bermula dengan sambutan Hari Ibu, Hari Belia, Hari Guru, dan cuti umum kerana sambutan Hari Wesak, Hari Pekerja, Hari Gawai, Hari Keamatan dan yang paling menggembirakan pelajar terutamanya murid-murid sekolah rendah ialah cuti sekolah pertengahan tahun atau cuti semester kedua. Namun, antara sambutan yang tidak kurang meriahnya ialah sambutan Hari Ibu yang bermula pada awal bulan sehingga berakhirnya bulan Mei.

Kategori: Editorial

BULAN April 2011 genap setahun Klik Web DBP diterbitkan secara maya. Walaupun masih setahun jagung, hasrat dan tujuan penerbitan Klik DBP dalam sisipan akhbar Berita Harian suatu ketika dahulu masih diteruskan oleh Klik Web DBP sehingga kini, cuma dalam bentuk yang berbeza. Daripada media cetak kepada media elektronik, dan bermula bulan April ini bentuk akhbar digital ini bersifat lebih interaktif.

Kategori: Editorial

SEMASA menyelak helaian sebuah majalah hiburan tempatan yang agak tinggi peredarannya, agak terkejut juga penulis apabila mendapati beberapa perkataan yang kurang tepat penggunaannya dari segi tatabahasa. Walaupun bukan sebuah majalah ilmiah, majalah hiburan juga memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kerana bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.

Kategori: Editorial

DALAM ucapan Amanat Tahun Baharu yang baru lalu, Ketua Pengarah menyarankan warga DBP agar berusaha meningkatkan ilmu, antaranya dengan rajin membaca. Malahan untuk merealisasikan hasrat ini, Bahagian Sumber Manusia dikehendaki merangka latihan bagi memastikan pegawai-pegawai DBP dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan penanaman nilai murni yang lain bagi meningkatkan kompetensi seseorang pegawai.

Kategori: Editorial
  • Arkib

  • Statistik

    1032238
    Visit Today : 1197
    This Month : 14837
    Total Visit : 1032238
    Hits Today : 4291
    Total Hits : 4226563
    Who's Online : 9
  • Kategori