Oleh SAMHANI ISMAIL

ASA_4121

Kiri: Prof Dr. Nik Hazlina, Pakar Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Kanan: Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tepat pada masanya iaitu di tengah-tengah kegawatan bahan bacaan ilmiah santai, Unit Perkembangan Wanita, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan telah menganjurkan bengkel Penulisan Kreatif (Perubatan dan Kesihatan) dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 23 hingga 24 Julai 2016 yang lalu.

Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dihadiri oleh pakar-pakar perubatan dan kakitangan serta pelajar pasca siswazah USM yang berbakat dalam seni penulisan kreatif. Mereka dibimbing oleh penulis berpengalaman iaitu Puan Rozninah Abd. Azib yang merupakan Ketua Bahagian Multimedia, DBP juga merupakan seorang novelis, dan penyunting Bahagian Sastera, DBP.

ASA_4142

Puan Rozninah Abd. Azib ketika memberi penerangan kepada peserta tentang kelebihan menulis.

“Peserta pada kali ini hebat-hebat belaka. Ada yang sudah menulis buku sendiri, ada yang merupakan penulis di media sosial dan yang paling penting, pada diri anda sudah ada novel sebenarnya,” kata Rozninah semasa sesi bengkel sedang berlangsung.

ASA_4111

Puan Rozninah Abd. Azib ketika menyampaikan ceramahnya.

Bagi peserta pula, penyampaian bengkel pada kali ini agak unik kerana Rozninah menyampaikan pengisian secara berkongsi mengenai teknik menulis novel berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Tanpa terikat dengan nota, beliau menerangkan tentang kaedah mereka cerita, menulis novel rekayasa, juga novel kisah benar. Tidak ketinggalan, para peserta turut didedahkan dengan kaedah menulis cerpen kesihatan serta peluang-peluang menulis di Dewan Bahasa dan Pustaka.

ASA_4271

Antara peserta yang telah membuat pola cerita novel yang bakal diterbitkan.

“Bagi saya, perkongsian pengalaman tentang kaedah penulisan beliau itulah yang paling mahal,” ujar Prof Dr. Nik Hazlina, penganjur yang juga merupakan peserta bengkel kali ini. Beliau yang merupakan Profesor dan Ketua Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, USM telah menghasilkan lebih daripada dua puluh buah buku dengan bimbingan pihak DBP.

ASA_4330

Peserta bengkel berkongsi idea dengan rakan penulis yang lain.

Beliau turut berharap agar bengkel kali ini, para peserta dapat menghantar manuskrip novel masing-masing untuk diterbitkan yang mana ia bukan sahaja penting untuk manfaat masyarakat malah bernilai sebagai amal jariah.

Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan kata alu-aluan.

Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Datin Hajijah Jais, Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam ucapan alu-aluannya, beliau berharap agar peserta bengkel dapat menghasilkan novel yang bermutu dan bermanfaat buat pembaca terutamanya tentang ilmu perubatan.

Peserta bergambar kenangan dengan penceramah dan penganjur bengkel.

Peserta bergambar kenangan dengan penceramah dan penganjur bengkel.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035790
    Visit Today : 568
    This Month : 18389
    Total Visit : 1035790
    Hits Today : 2378
    Total Hits : 4248468
    Who's Online : 11
  • Kategori