Oleh MUHAMMAD NORRUDIN BIN ABDUL AZIZ

KOTA BHARU merupakan ibu negeri Kelantan Darul Naim. Bandar ini dibuka ketika pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan pelancongan bagi negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, tinjauan pada kali ini mencari kesalahan bahasa Melayu yang terdapat di bandar Kota Bharu. Tujuan kesalahan bahasa didedahkan bukanlah untuk membuka pekung mana-mana pihak sebaliknya agar kesalahan tersebut dapat dibaiki supaya lebih persis.

Terdapat beberapa kesalahan bahasa yang ditemukan, antaranya:

Gambar 1

Gambar 1

Jika merujuk Gambar 1, didapati bahawa kesalahan ini melibatkan frasa kerja tak transitif berpelengkap. Frasa boleh belok kiri sebenarnya perlu diikuti oleh frasa sendi nama sebagai pelengkap. Oleh itu, selepas kata kerja belok perlu diikuti kata sendi nama ke dan kiri sebagai kata nama yang menjadikan frasa ini sebagai frasa sendi nama. Hal ini berlaku juga seperti frasa “balik ke kampung” dan “masuk ke kanan”.

Marilah kita teliti Gambar 2 ini:
Kesalahan pada Gambar 2 berkaitan dengan pengaruh struktur bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris menggunakan pola MD, iaitu menerangkan (M) dan diterangkan (D). Apabila pola ini diterapkan dalam bahasa Melayu, kecelaruan pun berlaku kerana bahasa Melayu menggunakan pola DM, iaitu

Gambar 2

Gambar 2

diterangkan dan menerangkan. Yang sepatutnya Batik Hanafi Sdn. Bhd. kerana perkara yang diterangkan ialah Batik manakala yang menerangkan pula Hanafi. Untuk menjawab persoalan ini, tidak mungkin Hanafi menjadi Batik.

Kesalahan bahasa pada Gambar 3 ialah perihal bandaraya. Hal ini dikatakan demikian kerana kata majmuk merupakan gabungan dua kata atau lebih yang membawa makna tertentu yang berbeza daripada makna asal. Oleh sebab bandaraya merupakan kata majmuk, ejaannya mestilah terpisah. Yang tepat ialah bandar raya.

Gambar 3

Gambar 3

Harus diberikan perhatian, hanya 15 kata majmuk mantap yang dieja bercantum, iaitu:
antarabangsa, setiausaha, beritahu, sukarela, bumiputera, suruhanjaya, jawatankuasa, tandatangan, kakitangan, tanggungjawab, kerjasama, warganegara, olahraga,
pesuruhjaya, dan matahari

Gambar 4

Gambar 4

Sekali diimbas dalam Gambar 4, seakan-akan tiada kesalahan namun sedarkah kita bahawa ayat ini salah dari segi tanda baca. Tanda baca yang dimaksudkan ialah tanda koma. Perhatikan frasa Terbang ke Pulau Pinang Subang. Frasa ini kelihatan kabur maknanya kerana selepas Pulau Pinang perlu diikuti tanda koma (,) untuk menyatakan tempat yang berbeza. Oleh itu, penggunaan koma amatlah penting walaupun dalam iklan yang merupakan papan tanda. Hal ini dikatakan demikian kerana laras iklan lebih kerap menggunakan kata yang ringkas dan padat sehingga mencemarkan bahasa kita. Oleh hal yang demikian, gunakanlah ayat yang betul, Terbang ke Pulau Pinang, Subang dan Johor Bahru.

Gambar 5

Gambar 5

Dalam Gambar 5, terdapat lima kesalahan yang dikesan. Kelima-lima pembetulan untuk kesalahan ini dipaparkan melalui lirik di bawah:

Wahai kawan-kawan, gunakanlah bahasa dengan betul, jangan dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris seperti “Klinik Cure & Care”.
Wahai kawan-kawan, kata majmuk mesti dieja terpisah, jika berkahwin hanya untuk bentuk mantap. Oleh itu, Satu Malaysia yang tepat.
Wahai kawan-kawan, kata sendi nama mestilah dijarakkan kerana menunjukkan tempat. Itulah gunanya ke arah.
Wahai kawan-kawan, berhati-hati ketika menggunakan apitan pe-…-an dan peR-…-an. Yang betul pelaksanaan.
Wahai kawan-kawan, gunakanlah bahasa dengan betul agar dihormati oleh kawan dan lawan.

Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu memartabatkan bahasa Melayu melalui penggunaan bahasa yang betul, tepat dan indah. Ingatlah bahawa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013900
    Visit Today : 1163
    This Month : 33245
    Total Visit : 1013900
    Hits Today : 4245
    Total Hits : 4136350
    Who's Online : 5
  • Kategori