Oleh NORAZLINDA MISRAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Pelancaran Lagu Adaptasi Puisi pada 20 Mei 2016 di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara DBP. Projek ini merupakan satu lagi projek pelesenan di bawah Jabatan Penerbitan DBP yang diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek.

Bergambar kenangan bersama-sama artis yang terlibat dalam menjayakan album "Lagu Adaptasi Puisi".

Bergambar kenangan bersama-sama artis yang terlibat dalam menjayakan album “Lagu Adaptasi Puisi”.

Usaha ini bertujuan untuk meluaskan rangkaian kerjasama antara DBP dengan syarikat penerbitan khususnya penerbitan lagu sebagai medium hiburan kepada masyarakat umum selain mengetengahkan karya puisi bercetak kepada bentuk lagu dan diharapkan bukan sahaja dapat merancakkan lagi dunia kesusasteraan negara malah dapat mempromosikan penulis-penulis yang berwibawa selain mengangkat karya-karya mereka hingga ke persada antarabangsa.

Sebagai fasa pengenalan, puisi Aku karya Rosli K. Matari yang dinyanyikan oleh Pretty Ugly adalah karya yang diterbitkan oleh Majalah Dewan Sastera, terbitan DBP pada bulan Mac 2010. Puisi ini juga telah terpilih untuk Antologi KOMSAS Pelajar Tingkatan 1 mulai tahun 2015 hingga 2019.

Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Menurut Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Abdul Adzis Abas dalam ucapannya, DBP menaruh kepercayaan penuh dengan kemampuan Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd. untuk menerbitkan lagu puisi ini apatah lagi projek ini merupakan usaha terakhir komposer terkenal tanah air, iaitu Allahyarham Dato’ Adnan Abu Hassan sebelum beliau meninggal dunia. Allahyarham sangat berminat untuk menghasilkan lagu yang mengandungi bait-bait puisi hasil karya penulis terkenal seperti Sasterawan Negara.

Walau bagaimanapun, idea yang mampan ini diteruskan oleh anak lelakinya, Aiman Zamir Dato’ Adnan sebagai legasi memartabatkan industri seni tanah air khususnya lagu puisi selain daripada genre balada, etnik kreatif, pop dan sebagainya.

Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Kejayaan penerbitan lagu puisi ini hadir selepas DBP berjaya mengadaptasikan novel Kemboja Di Hati karya penulis terkenal Ramlah Rashid yang disiarkan di TV Al-Hijrah pada bulan Januari 2016 yang lalu. Selain itu, beberapa lagi projek adaptasi daripada bahan bercetak ke layar, penghasilan puisi berlagu dan bentuk derivatif yang lain akan diusahakan dengan kerjasama semua pihak.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Muhammaed Mohd Daud, Pengerusi Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd..

Dato’ Dr. Muhammaed Mohd Daud, Pengerusi Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd. turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Dato’ Dr. Muhammaed Mohd Daud, Pengerusi Syarikat Stars Touch Media Sdn. Bhd. turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013363
    Visit Today : 626
    This Month : 32708
    Total Visit : 1013363
    Hits Today : 2052
    Total Hits : 4134157
    Who's Online : 10
  • Kategori