Oleh ZAIDI ISMAIL

Bagi yang suka memerhatikan papan tanda semasa memandu atau menaiki kenderaan, pasti akan dapat melihat pelbagai nama tempat atau kawasan yang ditulis pada papan tanda.

Dalam hal ini, ada juga bahasa yang digunakan pada papan tanda sebenarnya tidak tepat, terutamanya dari segi pembentukan kata. Contohnya, papan tanda STESEN PENGUATKUASA.

Stesen Penguatkuasa

Stesen Penguatkuasa. Papan tanda yang terdapat di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Dari segi pembentukan, kata penguatkuasa itu sepatutnya dieja dalam dua patah perkataan, iaitu penguat kuasa. Kata tersebut asalnya terbentuk daripada kata kuat kuasa yang ejaannya juga sebenarnya berasal daripada dua patah perkataan. Seterusnya, kata kuat kuasa itu menerima imbuhan pe- menjadi penguat kuasa. Jadi, untuk frasa nama Stesen Penguatkuasa, ejaan yang sepatutnya digunakan ialah Stesen Penguat Kuasa. Ejaan kuat kuasa hanya akan boleh disatukan apabila menerima apitan, seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan. Sekiranya menerima awalan atau akhiran sahaja, ejaannya kekal seperti bentuk asal, iaitu dua patah perkataan.

Dalam hal ini, ejaan yang sepatutnya digunakan untuk nama jawatan juga sepatutnya sama (dieja terpisah), seperti Pegawai Penguat Kuasa. Begitu juga dengan ejaan rangkai kata seperti lebuh raya, bandar raya dan pasar raya.

Penggunaan ejaan yang tidak tepat untuk bandar raya.

Penggunaan ejaan yang tidak tepat untuk bandar raya.

Stesen Penguatkuasa3.docx

Penggunaan ejaan yang tidak tepat untuk lebuh raya.

Stesen Penguatkuasa4.docx.jpg

Penggunaan ejaan yang tidak tepat untuk pasar raya.

Ejaannya sepatutnya tidak disatukan kecuali untuk nama khas yang telah didaftarkan, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014487
    Visit Today : 516
    This Month : 33832
    Total Visit : 1014487
    Hits Today : 1797
    Total Hits : 4138600
    Who's Online : 19
  • Kategori