Oleh NORAZLINDA MISRAN

S.E.A. Write Award adalah Anugerah Penulis-penulis Asia Tenggara yang diwujudkan bagi   mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Jasni Matlani, penerima S.E.A. Write Award 2015.

Jasni Matlani, penerima S.E.A. Write Award 2015.

Sehubungan dengan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award bagi negara Malaysia melalui jawatankuasa yang telah dilantik, iaitu Jawatankuasa Pemilihan S.E.A. Write Award bagi tahun 2015 telah sebulat suara memilih Jasni bin Matlani sebagai penerima S.E.A. Write Award tahun 2015 bagi negara Malaysia dan juga merupakan penerima anugerah yang ke-37 sejak anugerah tersebut diwujudkan pada tahun 1979. Pengumuman penerima SEA Write 2015 diumumkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr. Haji Awang Sariyan dalam satu sidang media khas di Menara DBP pada 30 Oktober 2015 yang lalu.

Ketua Pengarah DBP, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Awang Sariyan mengumumkan Pemenang S.E.A. Write Award 2015.

Ketua Pengarah DBP, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Awang Sariyan mengumumkan Pemenang S.E.A. Write Award 2015.

Penerima akan menghadiri Minggu S.E.A. Write Award 2015 pada 12 hingga 16 Disember 2015, dan akan menerima anugerah semasa acara kemuncak, iaitu pada Malam Gala dan majlis Penganugerahan pada 14 Disember 2015 di Oriental Hotel’s Royal Ballroom, Bangkok, Thailand. Anugerah akan dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Puteri Maha Sirivannavari Nariratana.

Ketua Pengarah DBP, yang mewakili Ahli Lembaga Pengelola DBP dan warga kerja DBP turut mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jasni Matlani atas kejayaan tersebut. Diharapkan kejayaan ini akan membangkitkan semangat beliau untuk terus aktif dan prolifik dalam menghasilkan karya dan mewarna-warnikan dunia kesusasteraan Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014458
    Visit Today : 487
    This Month : 33803
    Total Visit : 1014458
    Hits Today : 1541
    Total Hits : 4138343
    Who's Online : 13
  • Kategori