Oleh ARMIN A. SALEH

“Saya ingin mengingatkan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua hal, pada bila-bila masa di mana-mana juga. Inilah antara cara untuk kita membuktikan sokongan terhadap usaha pemartabatan bahasa kebangsaan,” kata Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) di auditorium DBKL pada 10 Oktober 2015 yang lalu.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, tugas pemartabatan bahasa kebangsaan bukan semata-mata tugas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), malah menjadi tanggungjawab semua orang, tanpa mengira bangsa dan agama, yang mengaku taat setia kepada Malaysia, yang menyanyikan lagu Negaraku, yang berdiri tegak ketika Jalur Gemilang dinaikkan, yang memahami falsafah Rukun Negara, yang mempunyai kad pengenalan MyKad berwarna biru. Sehubungan dengan itu, beliau mahu warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menjadi peneraju penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul di negara ini.

Penyampaian cenderamata kenangan kepada Datuk Normah Malik, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL.

Penyampaian cenderamata kenangan kepada Datuk Normah Malik, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL.

Teks ucapan Tengku Adnan disampaikan oleh Datuk Normah Malik, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Dr. Awang Sariyan menegaskan bahawa pelaksanaan BBK membuktikan kesungguhan kerajaan dalam usaha pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Masa depan Malaysia akan menjadi semakin bererti apabila bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, mendapat dukungan daripada seluruh rakyat.

“Oleh hal yang demikian, rakyat jelata daripada semua peringkat perlu menyambut kesungguhan kerajaan ini dengan menunjukkan keseriusan mereka pula,” katanya.

Teks ucapan Ketua Pengarah DBP itu dibaca oleh Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bahagian Majalah.

ZFK10102015(109) Pelancaran BBK Wilayah Persekutuan

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bersempena dengan majlis pelancaran itu dan sambutan BBK KL, DBKL dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, melalui Opera Sri Bandaraya, mementaskan teater bangsawan Anak Raja Anak Papa.  Bangsawan ini diilhamkan daripada buku yang mempunyai judul yang sama yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1958.  Za`ba menterjemahkan buku ini dalam bahasa Melayu daripada karya Mark Twain, The Prince and The Pauper, pada tahun 1930-an ketika berkhidmat di Pejabat Karang-mengarang, Tanjong Malim.

ZFK10102015(249) Pelancaran BBK Wilayah Persekutuan

Antara sedutan lakonan dalam Bangsawan Anak Raja Anak Papa.

Bangsawan Anak Raja Anak Papa ditulis dan diarahkan oleh Lenny Erwan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013832
    Visit Today : 1095
    This Month : 33177
    Total Visit : 1013832
    Hits Today : 3952
    Total Hits : 4136057
    Who's Online : 5
  • Kategori