bio

 

Judul              :           Kenali Bioteknologi

Pengarang     :           Zarina Zakaria

Harga             :           RM20.00

Tahun             :           2014

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

BIOTEKNOLOG merupakan proses memanfaatkan organisma hidup dengan menggunakan kaedah sains bagi menyelesaikan masalah kehidupan manusia atau menghasilkan sesuatu yang baharu. Bioteknologi banyak dimanfaatkan dalam industri makanan; contohnya dalam pembuatan tempe, roti dan keju.

Bidang ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah diusahakan seawal manusia berusaha untuk hidup secara bersistematik. Contohnya bagaimana manusia berusaha untuk memastikan bekalan sentiasa cukup dengan cara memilih tumbuh-tumbuhan terbaik, menyimpan benih dan membiakkan tumbuh-tumbuhan.

Buku ini membuka minda pembaca kepada istilah bieknologi yang selama ini bermain di bibir kalangan penyelidik. Pengarang menyenaraikan teknik dalam bioteknologi dan bagaimana digunakan hingga terhasil produk yang bermanfaat. Pengarang juga menerangkan status Malaysia dalam bidang bioteknologi dan impak bidang ini dalam perekonomian negara.

Yang menariknya pengarang turut mengupas isu bioteknologi dari perspektif Islam dan pendirian Islam tentangnya. Walaupun topik yang dibincangkan berat tetapi pengarang menyampaikannya dalam bentuk yang mudah difahami oleh khalayak umum.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    347284
    Visit Today : 805
    This Month : 41734
    Total Visit : 347284
    Hits Today : 3230
    Total Hits : 1418639
    Who's Online : 13
  • Kategori