Ketua Pengarah bersama-sama Ketua Menteri Melaka

NEGERI Melaka menjadi tuan rumah acara tahunan negara, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang akan berlangsung pada 6 Oktober 2011 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka Bandaraya Bersejarah. Slogan “BBK 2011: 1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara”  seiring dengan matlamat negara mengisi gagasan 1 Malaysia.

Keputusan dicapai ekoran kunjungan hormat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ke Pejabat Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Ali bin Mohd. Rustam pada 19 April lalu yang diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz. Kunjungan tersebut membincangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan Majlis Pelancaran BBK tahun ini.

Menurut YAB Datuk Seri Haji Ali bin Mohd. Rustam, sebagai tuan rumah BBK 2011, beliau amat berbesar hati dan bersetuju untuk bersama-sama berganding bahu dengan DBP bagi menjayakan acara tahunan negara ini. Pelbagai aktiviti akan turut dirancang demi menyemarakkan lagi program kebahasaan dan kesusasteraan sepanjang bulan Oktober ini.

Datuk Wira Omar Kaseh (kanan) turut membincangkan aktiviti BBK 2011 dengan Ketua Pengarah DBP.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Termuzi turut membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. YB Datuk Omar juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pelancaran BBK Peringkat Kebangsaan tahun ini. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Encik Sallehuddin bin Abg. Shokeran, Pengarah Khidmat Pegurusan, Encik Azman bin Mohamad Tahir dan Tuan Haji Razali bin Che Mat.

Majlis Pelancaran BBK Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas 2010 diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Bulan Bahasa kebangsaan sebelum ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan yang mula diadakan pada tahun 1960, dan kemudiannya dinamai Bulan Bahasa dan Sastera Negara pada tahun 1999. Bermula pada tahun 2009, acara kebangsaan ini dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044520
    Visit Today : 941
    This Month : 27119
    Total Visit : 1044520
    Hits Today : 3270
    Total Hits : 4288243
    Who's Online : 12
  • Kategori