Oleh Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor

Meja DBP04

Tn. Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor

Kedudukan huruf hamzah dalam tulisan Jawi ada beberapa keadaan. Hamzah boleh berada dalam keadaan berumah dan tanpa rumah. Huruf hamzah yang berumah bukan hanya menangani bunyi e pepet tertutup sahaja bahkan beberapa kasus lain seperti kata serapan Arab dan lain-lain.

Cara pengejaan bunyi e pepet Jawi dalam tulisan Jawi juga dieja dengan beberapa cara bergantung kepada keadaannya sama ada terbuka atau tertutup, atau kedudukannya di awal, di tengah atau di akhir suku kata.

Dalam siri kali ini fokus perbincangan hamzah berumah hanyalah pada perlambangan bunyi e pepet tertutup.

Bunyi e pepet tertutup dilambangkan dengan huruf hamzah berumah adalah pada kata yang mengandungi bunyi [i] atau [u] sebelum bunyi e pepet tertutup.

Sebagai contoh bunyi [i]:

Bil Entri Jawi Makna dalam KD4
 1 Ambien امبيئن Berkenaan keadaan persekitaran
 2 Audiens اءوديئنس Para penonton
 3 Diet ديئت Makanan dan minuman yang biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang;
 4 Efisien ايفيسيئن Berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap.
 5 Emolien ايموليئن Sediaan atau bahan yang mempunyai kesan yang melembutkan dan menyamankan apabila disapu pada kulit.
 6 Hokkien هوكيئن Suku kaum Cina yang berasal dari daerah Amoy dan Fukien di tenggara China, dan tinggal di merata tempat di dunia.
 7 Homo sapiens هومو ساڤيئنس Nama sains bagi manusia moden.
 8 Klien كليئن 1. orang, syarikat, dan lain-lain yang mendapatkan nasihat daripada ahli profesional; 2. pelanggan.
 9 Koefisien كوايفيسيئن bp pekali.
 10 Lien ليئن (Eko) hak memegang harta orang yang terhutang sebagai sandaran kepada hutang sehingga hutang itu dijelaskan.
 11 Nutrien نوتريئن (Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan.

Jika diteliti pada semua perkataan di atas, bunyi tersebut hanya berkedudukan di suku kata akhir sahaja.

 

Contoh bagi bunyi [u.en] pula adalah seperti yang berikut:

Bil Entri Jawi Makna dalam KD4
Delinkuen

 

ديلينكوئن

Bersikap melanggar undang-undang (yang tidak serius) atau melakukan perkara yg tidak diterima masyarakat.

Efluen ايفلوئن (Kim) sisa buangan cecair (seperti bahan kimia, kumuhan, dan sebagainya) dari kilang, atau kumbahan yang mengalir keluar ke dalam sungai atau laut.
Frekuensi فريكوئنسي 1. Perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dan lain-lain), kekerapan: ~penggunaan kata tersebut dalam sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dan sebagaimya yang berlaku pada setiap saat bagi sesuatu fenomena yang berkala, biasanya diukur dalam unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800MHz ke atas;
Konsekuen

 

كونسيكوئن Secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu, sama (tidak bersalahan) dengan yang sudah-sudah: tidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~.
Konsekuensi

 

كونسيكوئنسي 1. Akibat (daripada sesuatu perbuatan), kesudahan, padah;

2. Keselarasan (kesesuaian) dengan yang sebelumnya.

Konstituen كونستيتوئن

(Lin) unsur bahasa yg merupakan satu juzuk (bahagian) daripada satuan bahasa yang lebih besar: satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu ~ dlm binaan ayat.

 

Bunyi [uen] dalam perkataan-perkataan di atas bukan hanya berkedudukan di suku kata akhir sahaja bahkan sebelum akhir.

Semua kata yang tersenarai dalam dua jadual di atas adalah kata serapan asing. Tiada satu pun kata Melayu jati sebab itulah cara pengejaannya sebelum ini menggunakan huruf Alif [ا]. Penggunaan huruf hamzah berumah adalah untuk mengelakkan kekeliruan antara bunyi [a] dengan bunyi [e].

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044417
    Visit Today : 838
    This Month : 27016
    Total Visit : 1044417
    Hits Today : 2762
    Total Hits : 4287735
    Who's Online : 11
  • Kategori