Oleh TUAN HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

sofiguna

Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor

Susunan huruf selepas huruf ‘ain’ (ع) ialah huruf ‘ghain’ (غ) dan huruf ini merupakan huruf ke-20 dalam turutan abjad Jawi. Huruf ‘ghain’ (غ) merupakan satu huruf yang agak mudah untuk membunyikannya bagi penutur di Malaysia terutamanya di bahagian Utara Semenanjung dan Sarawak. Apabila sesuatu kata mengandungi huruf ini, maka sememangnya kata itu berasal daripada bahasa Arab.

Memang benar bahawa setiap kata yang mengandungi huruf ‘ghain’ (غ) merupakan kata serapan Arab. Biasanya huruf ini diberi padanan ‘gh’ di dalam tulisan Rumi tidak kira di mana kedudukan huruf tersebut.

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ghain’ (غ) yang berkedudukan di hadapan adalah seperti yang berikut:

 

RUMI JAWI
       ghaflah غفلة
       ghaib غاءيب
       ghaibah غاءيبه
       ghair غير
       ghairah غاءيره
       ghalat غلط
       ghali غالي
       ghalib غاليب
       ghana غناء
       ghani غني
       ghanimah غنيمة
       gharib غريب
       gharizah غريزة
       ghaza غزى
       ghazal غزال
       ghobar غوبر
       ghulam غلام
       ghulup غلف
       ghurab غراب
       ghurub غروب
       ghurur غرور

 

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ghain’ (غ) yang berkedudukan di tengah adalah seperti yang berikut:

RUMI JAWI
       afghani افغاني
       aghlaf اغلف
       baghal بغل
       baghi باغي
       balaghah بلاغة
       balgham بلغم
       baligh بالغة
       bighair بغير
       idgham ادغام
       istighfar استغفار
       loghat لوغت
       maghfirat مغفرة
       maghlub مغلوب
       maghrib مغرب
       maghribi مغربي
       maghrum مغروم
       maghrur مغرور
       masyghul مشغول
       mubalaghah مبالغة
       mubaligh مبلغة
       mudghah مضغة
       mudighah مضيغة
       mughallazah مغلظة
       raghib راغيب
       saghir صغير
       taghut طاغوت

 

Kata ‘loghat’ telah dieja dengan cara pengejaan kata Melayu jati [لوغت] kerana telah dikira mantap dalam bahasa Melayu walaupun asal perkataan tersebut daripada perkataan Arab ‘lughah’ [لغة] yang bermaksud bahasa.

Huruf ‘ghain’ (غ) yang berkedudukan di akhir kata tidak banyak. Contohnya adalah seperti yang berikut:

RUMI JAWI
       balagh بلغ
       baligh بالغ
       tabligh تبليغ

Berdasarkan penelitian penulis bahawa semua kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf ‘ghain’ (غ) merupakan kata serapan Arab. Tidak ada satu pun kata yang merupakan bahasa Melayu asli.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014965
    Visit Today : 994
    This Month : 34310
    Total Visit : 1014965
    Hits Today : 5427
    Total Hits : 4142229
    Who's Online : 12
  • Kategori