bukan bintang

 

Judul            :         Bukan Bintang Tidak Mengerlap

Penulis         :          Zaharah Nawawi

Harga           :          RM 30.00

Tahun           :          2014

Penerbit       :         Dewan Bahasa dan Pustaka

 

ZAHARAH NAWAWI merupakan pengarang besar Malaysia yang sudah lebih lima dekad menumpahkan karyanya untuk tatapan pembaca pelbagai generasi. Di tangan beliau telah lahir deretan cerpen, puisi  dan novel yang mewarnai persada kesusasteraan kebangsaan. Beliau melahirkan banyak karya yang mengangkat citra Hawa agar setanding atau mengatasi kaum Adam.

Kumpulan cerpen Zaharah yang baharu ini turut mengangkat citra wanita setinggi yang boleh.  Kesemua 34 buah cerpen tersebut terhasil pada alaf baharu dan sebahagiannya pernah tersiar dalam pelbagai media massa utama. Kebanyakannya menggambarkan wanita yang gigih dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Zaharah mengakhirkan setiap kisah dengan kejayaan wanita yang membuktikan kemuliaan dan kekuatan golongan tersebut.

Karya-karya digarap dalam persekitaran sosial yang amat mencabar pada hari ini. Permasalahan sosial disampaikannya secara sinis dan simbolik. Pengajaran moral yang tinggi dengan sentuhan emosi serta penggarapan cerita yang bersahaja mampu menggerakkan mesej untuk difahami dengan mudah dan berkesan.

Kumpulan cerpen ini menarik kerana pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah dan bersahaja. Khalayak akan mudah terkesan kerana pengarang amat mahir memainkan perasaan khalayak.

-HASSAN ALIAS  

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014371
    Visit Today : 400
    This Month : 33716
    Total Visit : 1014371
    Hits Today : 1169
    Total Hits : 4137971
    Who's Online : 14
  • Kategori