Oleh HASSAN ALIAS

SULALATUS SALATIN merupakan warisan orang Melayu yang sangat berharga yang dihasilkan oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor dan selesai ditulis pada tahun 1615 di Kota Samalanga, Aceh, Indonesia.

Karya agung  ini memaparkan unsur kesejagatan dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Gaya bahasanya indah dan diselitkan pantun untuk menggambarkan sesebuah cerita. Naskhah ini menjadi sumber rujukan utama sejarah tamadun Melayu yang dijadikan sebagai pedoman gambaran zaman silam tentang orang Melayu.

Sehingga kini terdapat 32 versi Sulalatus Salatin yang tersimpan di seluruh dunia. Perbincangan, penyelidikan dan  kajian tentangnya tidak pernah terhenti.

Sehubungan dengan itu, Wacana Sulalatus Salatin telah diadakan pada 16 Jun 2014 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Wacana ini merupakan lanjutan daripada Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin yang telah diadakan pada 29 – 30 Oktober 2013 di DBP.

Sebahagian-hadirin-yang-mengikuti-wacana

Sebahagian hadirin yang mengikuti wacana

Antara tujuan wacana ini dianjurkan adalah:

1. Memunculkan hasil kajian atau dapatan baharu dalam pelbagai aspek secara tuntas dan mendalam daripada para sarjana dalam pelbagai disiplin ilmu melalui penelitian naskhah Sulalatus Salatin.

2. Mengumpulkan dan menerbitkan hasil-hasil kajian yang diusahakan tokoh-tokoh akademik dan pengkaji sastera untuk bahan bacaan serta rujukan para pengkaji, pelajar dan masyarakat umum.

 

Datuk Dr. Awang Sariyan berucap ketika merasmikan wacana

Datuk Dr. Awang Sariyan berucap ketika merasmikan wacana

Wacana ini dirasmikan oleh Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP. Dalam kata alu-aluannya, Dr. Awang berharap semoga wacana ini dapat menghimpunkan sarjana muda yang akan meneliti kandungan teks tersebut lalu dijelmakan dalam masyarakat dalam bentuk yang buku yang akan dapat menarik masyarakat terutamanya generasi muda untuk membacanya.

Dua orang penyelidik telah membentangkan dapatan kajian mereka yang terbaharu tentang Sulalatus Salatin. Mereka ialah Dr. Awang Azman Awang Pawi, dari Universiti Malaysia Sarawak yang membentangkan “Sulalatus Salatin dan Budaya Tinggi Eropah dan Timur: Perspektif Sumtuary Laws”.

Dr. Awang Azman Awang Pawi

Dr. Awang Azman Awang Pawi

Pembentang kedua ialah Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria  Ghazali dari Universiti Malaya dengan kertas kerja yang bertajuk “Sulalatus Salatin: Kearifan Melayu Sejagat Sepanjang Zaman”. Kedua-dua sesi pembentangan itu dipengerusikan oleh Dr. Haji Harun Mat Piah.

Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (kiri) dan Dr. Haji Harun Mat Piah ketika sesi pembentangan

Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (kiri) dan Dr. Haji Harun Mat Piah ketika sesi pembentangan

Seramai lebih kurang 100 orang pengkaji, penyelidik dan peminat  Sulalatus Salatin telah mengikuti wacana ini. Sesi wacana ini akan diteruskan di negeri-negeri lain supaya dapatan kajian akan lebih tuntas dan melibatkan pelbagai pihak.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042828
    Visit Today : 692
    This Month : 25427
    Total Visit : 1042828
    Hits Today : 1932
    Total Hits : 4281527
    Who's Online : 13
  • Kategori