Oleh HASSAN ALIAS

Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin sedang menyampaikan ucapan.

Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin sedang menyampaikan ucapan.

TANGGAL 27 November 2013, di Dewan Mahkota II , Hotel Istana Kuala Lumpur, sebanyak 40 orang pengarang karya sastera telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012. Hadiah sastera yang paling berprestij ini diadakan untuk buat kali ke-21 sejak diadakan kali pertama pada tahun 1972.

Hadiah ini mengalami perubahan dari segi nama dan tahun penilaian. Pada peringkat awal, hadiah ini dinamai Hadiah Karya Sastera, kemudian menjadi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1984 dan kini  Hadiah Sastera Perdana Malaysia sejak tahun 1998. Tahun penilaian juga mengalami perubahan daripada setahun sekali kepada dua tahun sekali, dan kini kembali setahun sekali. Jumlah peruntukan untuk hadiah ini juga meningkat dari tahun ke tahun.

Majlis kali ini disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan.

Datuk Dr. Awang Sariyan

Datuk Dr. Awang Sariyan.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin berkata, industri kreatif negara berada dalam landasan yang kukuh dengan jangkaan sasaran pendapatan RM16.1 bilion hujung tahun ini. Katanya lagi, perkembangan dalam bidang kreativiti sebagai satu cabang industri diberikan penekanan oleh kerajaan.

“Dunia seni kreatif dan teknologi saling memerlukan. Gabungan kedua-dua bidang ini mampu menjana dan membangunkan negara. Kandungan kreatif yang digerakkan oleh daya fikir penulis atau sasterawan diperlukan dalam menggerakkan industri kreatif. Tahun lalu, industri kreatif meraih pendapatan RM7 bilion dengan sumbangan RM1.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” kata Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, salah satu usaha yang terus digiatkan adalah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyarankan ahli akademik menghasilkan lebih banyak karya dalam bahasa Melayu. Beliau turut menyarankan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bergerak lebih tangkas untuk menterjemahkan lebih banyak hasil kajian antarabangsa.

Sebahagian khalayak yang menghadiri majlis.

Sebahagian khalayak yang menghadiri majlis.

Prof. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar mendeklamasikan puisi

Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar mendeklamasikan puisi.

Kepada para sasterawan dan karyawan, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin mempunyai pesanan khusus: “Iltizam kerajaan untuk memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu adalah jelas dan nyata. Para sasterawan dan dan karyawan tidak perlu berasa gelisah atau gundah-gulana tentang masa hadapan sastera dan bahasa kebangsaan. Teruskan menulis, menghasilkan dan menerbitkan karya yang bermutu tinggi. Saya yakin, berkat usaha kita bersama, sastera dan bahasa kebangsaan akan terus terpelihara di negara kita dan juga di persada antarabangsa.”

Sebelum itu, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang mengarahkan sayembara ini diadakan setiap tahun.

“Dengan adanya penilaian secara tahunan ini, kami berharap bukan sahaja bilangan hasil karya akan bertambah, tetapi juga mutu karya yang semakin meningkat. Kekerapan penilaian ini juga memperlihatkan iltizam dan kesungguhan kami supaya karya sastera atau bidang persuratan berkembang subur dan sama penting dengan bidang-bidang lain di negara kita,” kata Datuk Dr. Awang.

Roslan Jomel, pemenang kategori buku sedang menerima hadiah.

Roslan Jomel, pengarang muda yang memenangi kategori buku.

Siti Zainon Ismail.

Siti Zainon Ismail antara pengarang veteran yang menerima hadiah.

Datuk Dr. Awang mengakui masalah pengeluaran dan pemasaran buku dan majalah DBP memberikan kesan kepada penilaian karya terbitan DBP.

“Pada masa ini, Dewan Bahasa dan Pustaka masih berhadapan dengan kekurangan penerbitan buku sastera dan bidang lain yang berkaitan dengannya kerana masalah dengan syarikat konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah. Masalah ini memberikan kesan kepada penilaian buku dan majalah terbitan DBP untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia,” katanya lagi.

Shamsuddin Othman menggondol dua hadiah sekali gus

Shamsudin Othman menggondol dua hadiah sekali gus.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih kurang 400 orang hadirin yang terdiri daripada pegawai kerajaan, penggiat sastera dan seni, pengarang dan golongan koporat. Majlis dimulakan dengan persembahan puisi “Balada Orang Kehilangan Jiwa dalam Ceritera Merdeka” yang ditulis dan disampaikan oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Mesej puisi tersebut adalah betapa penamaan tempat dan premis negara telah diambil alih oleh bahasa Inggeris.

Pada penghujung majlis, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin menyampaikan hadiah kepada pemenang yang terdiri daripada pelbagai generasi dan ketokohan – generasi muda, generasi lama dan Sasterawan Negara. Antara yang paling istimewa ialah Rebecca Ilham, Shamsudin Othman dan Dato’ Anwar Ridhwan yang masing-masing menggondol dua hadiah.

Sesungguhnya HSPM merupakan antara wahana yang paling berkesan untuk memanjangkan hayat bahasa sesuatu bangsa. Semoga bahasa Melayu bukan setakat melekat kukuh dalam dunia persuratan malah semua aspek kehidupan.

Senarai penerima HSPM:

PUISI 

BIL.

JUDUL

PENGARANG

PENERBIT

TARIKH TERBIT

1.

“Anggur Asmara”

Tuah Sujana

Dewan Sastera

Februari 2012

2.

“Benarkah Matahari Tersangat Pijar?”

Rosli K. Matari

Mingguan Malaysia

26 Februari 2012

3.

“Songket Teluk Berantai”

Tseni Sastrowardojo

Dewan Sastera

Julai 2012

4.

“Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi”

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

Pentas

Julai-September 2012

5.

“Aku, Bulan dan Kalbu”

Shamsudin Othman

Dewan Sastera

Oktober 2012

6.

“Percakapan kepada Seorang al-Amin”

Shamsudin Othman

Dewan Sastera

Oktober 2012

7.

“Pidato Ini, Brutus”

Raihani Mohd Saaid

Dewan Sastera

Oktober 2012

8.

“Mariam”

Anwar Ridhwan

Antologi Puisi Takah Lima Puluh, PENA

2012

9.

“Tulisan”

Mabulmaddin Shaiddin

Antologi Puisi Sinar Siddiq

2012

10.

“Iktikad”

Juri Durabi

Antologi Puisi Sinar Siddiq

2012

 CERPEN

BIL.

Judul 

 

PENGARANG

SUMBER

TARIKH

TERBIT

1.

“20 Cerita Tentang Tuhan”

S.M. Zakir

Dewan Sastera

Januari 2012

2.

“Pertemuan dengan Kitul”

Saifullizan Yahaya

Mingguan Malaysia

12 Februari 2012

3.

“Hanya Tertulis dalam Hati”

Maskiah Masrom

Berita Harian

20 Mei 2012

4.

“Seorang Lelaki di Tebing Sebatang Sungai”

Faridah Abd. Hamid

Mingguan Malaysia

4 Mac 2012

5.

“Protes Kari, Kepoh Ferrari”

Fudzail

Mingguan Malaysia

18 November 2012

6.

“Anatomi Sekeping Hati”

Rebecca Ilham

Mingguan Malaysia

30 September 2012

7.

“Dendam Apai”

Zainol Idris

Dewan Sastera

Januari 2012

8.

“Alkisah Tuan dan Saksi”

Zainal Rashid Ahmad

Mingguan Malaysia

15 Januari 2012

9.

“Sebuah Surau, Sebuah Rumah di Tepi Kondominium”

Osman Ayob

Dewan Sastera

Oktober 2012

10.

“Bentuk dan Makna”

Rebecca Ilham

Berita Harian

5 Februari 2012

ESEI/KRITIKAN/KAJIAN SASTERA

BIL.

JUDUL

PENGARANG

PENERBIT

TAHUN TERBIT

1.

Srengenge dan Tunggul-tunggul Gerigis: Satu Bacaan Shishosetsu”

Zaleha Amat

Kajian Pemikiran SN Shahnon Ahmad, DBP

2012

2.

“Perang Budaya Ortodoks-Progresif dalam karya-karya Terpilih Shahnon Ahmad: Sebuah Interpretasi Percubaan Dialektik Hegelian”

Lim Kim Hui

Kajian Pemikiran SN Shahnon Ahmad, DBP

2012

3.

“Meneliti Perjudian Melalui Formula “Konflik dan Penyelesaian” Menurut Model Bremond”

Abdul Rassid Haji Subet

Kajian Pemikiran SN S. Othman Kelantan DBP

2012

4.

Pahlawan Rimba Malaya: Nasionalis Kiri dan Ambivalen”

Awang Azman Awang Pawi

Kajian Pemikiran SN Keris Mas DBP

2012

5.

“Konsep Ruang dalam Pemikiran Melayu”

Noriah Taslim

Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera, DBP

2012

6.

“Kuasa Raja dalam Teks Sastera”

Prof. Dr. Ding Choo Ming

Bil. 69 Pemikir, Utusan Karya

Julai-September 2012

7.

“Falsafah Estetik – Logikal dalam Puisi S.M. Zakir”

Arbak Othman

Bil. 69 Pemikir, Utusan Karya

Julai-September 2012

DRAMA

BIL.

JUDUL

PENGARANG

PENERBIT

TAHUN TERBIT

1.

“Ini Rumah kita”

Aina Nabila

DBP, JKKN, ABAD dan AKRAB

24 – 25 Disember 2012

2.

“Menara Biru”

Dayangku Mastura

Pentas

Januari-Mac 2012

3.

“Antara Bunyi Gendang Ibu dengan Tari Nihon Buyo”

Senibayan

DBP

2 November 2012

4.

“Dinding”

Dahiri Saini

Dewan Sastera

Mei/Jun 2012

 

KANAK-KANAK DAN REMAJA

GENRE

JUDUL

PENGARANG

PENERBIT

TAHUN TERBIT

NOVEL REMAJA

Ke Pulau Sebatik 1

Nur Mustika

ITBM & PENA

2012

KUMPULAN CERPEN REMAJA

Inspirasi Cinta

Rozninah Abd. Azib

ITBM & PENA

2012

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK

Lukisan Lisa untuk Ibu

Que Lyana Shuhaimi

Blue-T Publication Sdn. Bhd.

2012

KUMPULAN PUISI       KANAK-KANAK

Bijak si Katak Bijak

Siti Zainon Ismail

ITBM & PENA

2012

BUKU

GENRE

JUDUL

PENGARANG

PENERBIT

TAHUN TERBIT

KUMPULAN PUISI

Alien Menchari Chinta

Ramzah Dambul

ITBM & PENA

2012

KUMPULAN CERPEN

Selamat Datang ke Malaywood

Roslan Jomel

ITBM & PENA

2012

AUTOBIOGRAFI

Kuasa Kata dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara

Mahaya Mohd. Yassin

Analaksana Media

2012

KAJIAN SASTERA

Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik

Norhayati Ab. Rahman

Penerbit USM

2012

NOVEL

Penyeberang Sempadan

Anwar Ridhwan

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2012

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044322
    Visit Today : 743
    This Month : 26921
    Total Visit : 1044322
    Hits Today : 2388
    Total Hits : 4287361
    Who's Online : 15
  • Kategori