Oleh KU FAUZIAH KU MAT

Haji Azizi Haji Abdullah memberi panduan dan kaedah untuk memantapkan hasil karya dalam penulisan kreatif.

BENGKEL Penulisan Kreatif (Cerpen dan Puisi) yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi MARA diadakan untuk mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi MARA (IPMA) dalam pelbagai jurusan pengajian.

Bertempat di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA, Lenggong, Perak, bengkel penulisan yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2010  melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah  dari IPMA, iaitu German Malaysian Institut (GMI), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kolej MARA (KM).

Objektif bengkel penulisan kreatif ini adalah untuk membimbing dan melatih secara terancang pelajar-pelajar IPMA yang berminat dalam bidang penulisan kreatif, mengasah bakat kreativiti dalam bidang penulisan, mendorong penglibatan pelajar secara serius dalam bidang penulisan kreatif dan berusaha untuk menanamkan minat mereka terhadap sastera dan bidang penulisan dalam kalangan pelajar sekali gus membangunkan emotional quotient (EQ) mereka.

Peserta bengkel mendapat bimbingan secara formal dalam bidang penulisan kreatif melalui dua orang penulis mapan, iaitu  Haji Azizi Haji Abdullah dan Encik Hasan Baseri Budiman. Kedua-dua orang penulis mapan tersebut  dilantik untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang bidang penulisan cerpen dan sajak, sekali gus  menjadi pembimbing peserta sepanjang bengkel pemurnian tersebut.

Sesi bengkel yang dikendalikan oleh Encik Hassan Baseri Budiman.

 

Antara aspek yang disentuh oleh pembimbing dalam bengkel ini adalah tentang genre dan proses penulisan cerpen dan puisi secara umum, persediaan seorang pengarang dalam menghasilkan cerpen, novel dan puisi, proses penulisan kreatif, proses merangka sebuah cerpen dan novel serta tema sesebuah cerpen atau novel. Pembimbing juga membincangkan ilham dan idea, latar masa tempat dan sosial, watak dan bagaimana mencipta watak, membentuk plot sebuah kisah, hubung kait antara latar, watak dan plot serta sudut pandangan.

Selain itu, pembimbing juga menerangkan elemen logik, mempamerkan emosi dan muatan pemikiran dalam sesebuah karya. Bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa, kesilapan umum mengarang, bagaimana mengindahkan karya juga disentuh secara terperinci, begitu juga penyelesaian cerita, penggunaan ilmu bantu, aspek teknikal dan struktural, mental blok dan cara mengatasinya. Bagi puisi pula, pembimbing menerangkan puisi secara umum seterusnya menyentuh tentang pembinaan jasad puisi dan proses memberikan nyawa kepada puisi.

Peserta bengkel berupaya meningkatkan mutu penulisan mereka. Hal ini jelas apabila dalam sesi bengkel penulisan puisi yang diadakan, ada antara peserta yang telah menghasilkan puisi yang baik. Penulis puisi terbaik diberi penghargaan dengan mendeklamasikan puisi mereka sendiri pada akhir bengkel. Bengkel ini diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang penulisan, sekali gus mereka mendapat tempat dalam media dan memungkinkan karya mereka diterbitkan.

  1. izzat says:

    Bilakah bengkel penulisan akan diadakan lagi?

    • Klik Web DBP says:

      Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini, saudara boleh menghubungi Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, DBP melalui talian 03-21481011.

  2. siti khadijah osuan says:

    asslamualaikumwbt..
    bila agaknya program sebegini akan diadakan di sandakan sabah..saya merupakan salah seorang yang amat berminat dalam bidang penulisan dan memerlukan panduan yang lebih telus dalam kepakaran bidang penulisan…bidang ini merupakan salah satu laman ilmu yang sangat penting demi menghasilkan tulisan2 yang mempunyai motif kesedaran dan semangat patriotik..
    semoga program ini dapat menjejakkan kaki untuk kesandakan..insyaALLAh jika diberi perhatian akan memberikan sesautu yang sangat bernilai kepada pencinta bahasa di bumi sandakan..:-)

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1044965
    Visit Today : 1386
    This Month : 27564
    Total Visit : 1044965
    Hits Today : 5195
    Total Hits : 4290168
    Who's Online : 10
  • Kategori