Oleh  HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL B. WAN MANSOR

 

RAMAI yang mungkin terkeliru dengan huruf ya yang tidak bertitik (ى) setiap kali membaca tulisan Jawi. Huruf tersebut sebenarnya melambangkan dua bunyi dalam Jawi. Bunyi vokal [a] dan bunyi vokal [e] pepet. Sekiranya huruf tersebut melambangkan bunyi [a] ia dipanggil huruf alif maqsurah tetapi sekiranya ia melambangkan bunyi [e] pepet maka huruf tersebut dipanggil huruf ye. Kedua-duanya berkedudukan di akhir kata.

1. Huruf alif maqsurah (ى)

Setiap ejaan yang mengandungi huruf alif maqsurah (ى) sebenarnya merupakan kata yang berasal daripada bahasa Arab. Huruf alif maqsurah (ى) ini melambangkan bunyi vokal [a] dalam bahasa Arab dan dikekalkan demikian dalam ejaan Jawi. Contohnya:

Rumi

Asal Arab

Jawi

dakwa

دعوى

دعوى

fatwa

فتوى

فتوى

takwa

تقوى

تقوى

Ta’ala

تعالى

تعالى

Isa

عيسى

عيسى

Musa

موسى

موسى

Walau bagaimanapun, huruf alif maqsurah (ى) hendaklah digantikan dengan huruf alif (ا) apabila dibentuk menjadi kata terbitan dengan akhiran atau partikel. Contohnya:

Rumi

Jawi

pendakwaan

ڤندعواءن

Memfatwakan

ممفتواكن

ketakwaan

كتقواءن

2. Huruf ye (ى)

Bunyi vokal [e] pepet dilambangkan dengan huruf ye (ى) apabila hadir di suku kata akhir terbuka. Biasanya kata yang mengandungi vokal ini merupakan bukan kata jati bahasa Melayu.

Contohnya:

Rumi

Jawi

Metode

ميتودى

Nasionalisme

ناسيوناليسمى

Mekanisme

ميكانيسمى

Lipase

ليڤاسى

  1. Kadariah Mohd. Ali says:

    Terima kasih. Penjelasan ringkas tapi dapat difahami.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037068
    Visit Today : 550
    This Month : 19667
    Total Visit : 1037068
    Hits Today : 1770
    Total Hits : 4254125
    Who's Online : 12
  • Kategori