Padanan istilah “hawa dingin” bagi “air conditioner” salah, yang sepatutnya penyaman udara.

PROGRAM Pantau Tegur Bahasa merupakan program tahunan di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS). Pada tahun 2010, Program Pantau Tegur Bahasa telah memilih Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Johor sebagai destinasi seterusnya. Program ini berkonsepkan kunjungan ilmu, iaitu berkunjung sambil menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu, menjelaskan penggunaan bahasa Melayu yang betul di samping mengembangkan bahasa Melayu melalui pemberian risalah bahasa dan pedoman umum kepada agensi-agensi yang terpilih. Program ini juga bertujuan memantau penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam termasuk iklan, papan tanda, dan sebagainya selain mendekatkan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan DBPWS dalam usaha membangkitkan kesedaran tentang pentingnya memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pada 22 Disember 2010, tiga orang kakitangan DBPWS bersama Munsyi Dewan, Encik Azhar Salleh yang dilantik sebagai penceramah berkunjung ke MPPG. Kunjungan tersebut disambut oleh Encik Azizan Mohamad selaku urus setia taklimat dan Puan Faridah Abd. Hamid, Pegawai Pelesenan. Hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penguatkuasaan dan Pelesenan hadir mendengar taklimat pada hari tersebut.

Mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris

Seramai sembilan orang peserta termasuk kakitangan DBPWS dan MPPG  bergerak menggunakan kenderaan MPPG membuat tinjauan ke sekitar kawasan di bawah bidang kuasa MPPG. Dalam tinjauan tersebut,  pemilik premis perniagaan yang menggunakan bahasa yang salah di premis mereka, diberikan borang khas bertandatangan  pegawai DBPWS dan Penguatkuasa MPPG. Papan tanda iklan yang salah penggunaan tatabahasa turut diambil untuk dijadikan dokumen DBPWS. Hasil tinjauan tersebut,  terdapat banyak kesalahan yang  ditemui pada papan premis perniagaan mereka.

Program Pantau Tegur Bahasa ini akan disusuli dengan Program Ziarah Bahasa yang dilaksanakan pada tahun 2011. Dalam program Ziarah Bahasa, laporan berkenaan program pantau tegur bahasa akan diserahkan oleh pihak DBPWS kepada pihak MPPG sebagai bahan rujukan.

Penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan pada papan premis di atas

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013325
    Visit Today : 588
    This Month : 32670
    Total Visit : 1013325
    Hits Today : 1904
    Total Hits : 4134009
    Who's Online : 13
  • Kategori