Oleh TENGKU FAUZIAH KU MAT

Ketua Hakim Pertandingan, Encik Azhar Salleh sedang memberi taklimat kepada para hakim.

PERTANDINGAN Sahibba yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara (PPDSPU) dan Syarikat Permainan Malaysia (SPM)  diadakan  di Dewan Seri Endon, Kompleks Budi Penyayang, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 26 Oktober lalu. Pertandingan yang melibatkan para pelajar daripada 40 buah sekolah rendah dan menengah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Seberang Perai Utara, diadakan bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2010.

Permainan Sahibba bertujuan membantu pelajar sekolah rendah dan menengah  meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu. Permainan ini juga dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar  membina kosa kata dalam bahasa Melayu, sekali gus meningkatkan penguasaan mereka berbahasa Melayu. Secara tidak langsung, melalui permainan ini, para pelajar mampu menggunakan dan menguasai bahasa Melayu dengan lebih terampil.

Peserta (barisan tengah) sedang menumpukan perhatian pada permainan.

Tempat pertama bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh  Melissa Lor Huing Ching dari Sekolah Menengah Convent Butterworth, manakala tempat pertama bagi kategori sekolah rendah pula disandang oleh  Muhamad Adam M. Syukri dari Sekolah Kebangsaan Kuala Perai. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai yang disediakan oleh pihak DBPWU sebanyak RM250.00 dan RM200.00. Pemenang kedua dan ketiga sekolah menengah membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 dan RM150, manakala pemenang kedua dan ketiga sekolah rendah pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM150 dan RM100. Sembilan orang penerima hadiah sagu hati sekolah menengah membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00 dan sembilan orang penerima hadiah sagu hati sekolah rendah pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM50.00.      Kesemua pemenang membawa pulang hadiah yang disumbangkan oleh pihak SPM serta sijil penyertaan yang disediakan oleh DBPWU.

Pertandingan Sahibba seumpama ini perlu diadakan secara berterusan supaya para pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan penggunaan kosa kata bahasa Melayu, khususnya untuk pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Wilayah Utara ini.

  1. Affendi says:

    Permainan Sahibba dalam facebook http://apps.facebook.com/scraword atau http://www15.brinkster.com/affendi/bina

    Permainan sahibba (scrabble melayu) terbesar di dunia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045004
    Visit Today : 1424
    This Month : 27602
    Total Visit : 1045003
    Hits Today : 5311
    Total Hits : 4290284
    Who's Online : 7
  • Kategori