Oleh SITI SUHANA MOHD AMIR

Pemilik premis diberi cenderamata oleh petugas BBK (kanan).

PROGRAM Ziarah Bahasa yang pertama kalinya diadakan di Putrajaya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2010 lalu dapat mengukur tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pengguna dan pemilik premis perniagaan. Program selama tiga hari, iaitu pada 18, 19 dan 21 Oktober lalu diberi konsep baharu, iaitu “turun padang” dengan cara petugas BBK berinteraksi secara langsung dengan pengguna di sekitar premis perniagaan dan lokasi pertama yang dipilih, iaitu Putrajaya.

Program ini mendapat kerjasama padu daripada para pegawai Bahagian Komersial, Bahagian Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya (Ppj) yang turut merancang dan mengiringi pegawai DBP ke lokasi premis. Pemilik premis di lokasi terpilih seperti restoran, kedai menjual barangan dan perkhidmatan, stesen minyak, bank, pejabat urusan atau jualan, pasar, dan pasar raya ditemu bual dengan beberapa soalan untuk mengetahui tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan seharian mereka. Pemilik premis tersebut kemudiannya diberi plak Cintailah Bahasa Kita sebagai tanda premis mereka dikunjungi oleh petugas BBK 2010, selain risalah dan pedoman bahasa yang turut diedarkan untuk rujukan mereka.

Teguran dibuat pada pemilik papan tanda yang mengandungi kesalahan ejaan

Sebanyak 55 buah premis perniagaan berjaya dikunjungi dan hasilnya, petugas BBK dapat mengukur tahap penerimaan dan pemahaman setiap pemilik terhadap kepentingan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Dapatan temu bual akan direkodkan sebagai rujukan. Usaha program Ziarah Bahasa dicadang akan dapat diteruskan dan diperluaskan ke tempat-tempat lain dan pada bila-bila masa, bukan hanya tertumpu pada BBK.

Program Ziarah Bahasa bertujuan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemilik atau petugas di premis perniagaan akan kepentingan penguasaan dan penggunaan bahasa Kebangsaan semasa berurusan dengan pelanggan. Selain itu dengan adanya program seperti ini, sejauh mana penggunaan bahasa kebangsaan sama ada secara lisan atau tulisan dapat diukur dan dikenal pasti. Program ini juga memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang indah dan tepat di premis perniagaan seperti penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda, iklan promosi dan sebagainya dapat terus dilaksanakan.

Petugas BBK sedang menemu bual petugas premis

  1. awangsoh says:

    Harap kegiatan ziarah bahasa ini dapat diteruskan secara tetap dan berkala, dan bukannya selepas itu dibiarkan begitu sahaj. Belaian dan perhatian pihak DBP saya percaya akan lebih meyakinkan masyarakat pengguna bahasa yang berbudaya tinggi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1014957
    Visit Today : 986
    This Month : 34302
    Total Visit : 1014957
    Hits Today : 5400
    Total Hits : 4142202
    Who's Online : 9
  • Kategori