Oleh SITI ROHAIZAH BINTI SARKOM

 

Ketua Pengarah DBP menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang

MAYBANK Berhad berjaya memenangi dua hadiah utama, iaitu johan dan tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Antara Institusi Kewangan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2010 yang diadakan pada 2 November lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tajuk pidato “Globalisasi Perkhidmatan Kewangan Islam: Peluang dan Cabaran” telah menobatkan Encik Ahmad Ridzwan Majid dari Maybank Berhad sebagai johan Pertandingan tersebut dan beliau membawa pulang piala pusingan Piala Gabenor Bank Negara Malaysia 2010, wang tunai RM5000, piala iringan dan buku terbitan DBP. Naib johan pula dirangkul oleh Encik Syaruzaimi Yusof dari Bank Islam Malaysia Berhad dengan tajuk pidato “Skim Cepat Kaya: Realiti atau Fantasi”. Beliau menerima hadiah wang tunai RM3000, piala iringan dan buku terbitan DBP, manakala tempat ketiga juga dimenangi oleh Maybank Berhad, Encik Abdul Anuar Jirang dengan tajuk pidato “Peranan Sektor Kewangan dalam Menyahut Saranan 1 Malaysia”. Encik Abdul Anuar membawa pulang wang tunai RM2000, piala iringan dan buku terbitan DBP.

Sembilan orang pemenang hadiah sagu hati masing-masing menerima wang tunai RM200 berserta buku terbitan DBP. Kesemua hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz.

Pertandingan ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama DBP sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Acara tahunan ini bertujuan memupuk rasa megah dan kecintaan pengguna khususnya dalam kalangan pekerja institusi kewangan menggunakan bahasa Melayu selain mencungkil bakat dan membina keyakinan diri bagi melahirkan staf yang berketerampilan.

Para pemenang bergambar kenangan dengan hadiah masing-masing.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1037323
    Visit Today : 805
    This Month : 19922
    Total Visit : 1037323
    Hits Today : 2457
    Total Hits : 4254812
    Who's Online : 22
  • Kategori