Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

SETIAP perkataan yang mempunyai huruf kaf [ک] atau ga [ ] yang berbunyi terbuka [a] di akhir biasanya termasuk di dalam hukum ini. Perkataan tersebut dieja dengan tanpa huruf vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam kata tersebut.

 Contohnya:

Rumi

Jawi

baka

باک

angka

اڠک

sangka

سڠک

cempaka

چمڤاک

ketika

كتيک

mereka

مريک

Namun sekiranya perkataan tersebut mempunyai pola [a] terbuka pada kedua-dua suku katanya atau kedua-dua suku kata terakhirnya, dikatakan juga bahawa pengguguran vokal alifnya adalah kerana perkataan tersebut tidak terlibat dengan hukum Derlung. Maksudnya kata tersebut terlibat dengan kedua-dua hukum itu.

 Contohnya:

Rumi

Jawi

baka

باک

jenaka

جناک

Ada juga beberapa perkataan yang terkecuali daripada hukum ini. Kata dua suku kata yang suku kata pertamanya berbunyi [e] pepet dan juga kata serapan daripada bahasa asing dieja dengan huruf vokal alif diakhirnya. Contohnya:

Rumi

Jawi

seka

سکا

etika

ايتيكا

tropika

تروڤيكا

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036672
    Visit Today : 154
    This Month : 19271
    Total Visit : 1036672
    Hits Today : 453
    Total Hits : 4252808
    Who's Online : 11
  • Kategori