PENULIS SM Zakir atau nama sebenarnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman, diumumkan sebagai penerima SEA Write Awards 2011 mewakili Malaysia. Pengumuman mengenainya dibuat  oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan SEA Write Awards (Malaysia) 2011 dalam satu sidang media di Dewan Bahasa dan Pustaka.

SM Zakir, penerima ke-33 anugerah ini, terlibat dalam dunia penulisan secara serius sejak 1990. Beliau telah menghasilkan beratus cerpen dan esei serta puluhan puisi.

“Daripada sekian banyak genre itu, cerpen menjadi ikon pengkaryaan beliau. Persoalan yang disentuhnya tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat tetapi melampaui sempadan antarabangsa, menerokai dunia falsafah dan sufisme, serta memberikan pencerahan terhadap isu politik antarabangsa yang kompleks …”  jelas Termuzi lagi.

Sidang Media Sea Write Award 2011.

Pemilihan SM Zakir telah disahkan dan diperakukan oleh Sekretariat Tetap SEA Write Awards di Bangkok pada 10 Oktober lalu. Bersama-sama tujuh penulis negara ASEAN lain, beliau dijadualkan menerima anugerah daripada Putera Mahkota Thai pada satu majlis di Hotel Mandarin Oriental pada awal tahun depan.

SEA Write Awards diwujudkan sejak 1979, antara lain bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada para penulis, sasterawan dan seniman ulung dari Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera kreatif bermutu dalam pelbagai genre.

  1. Salam
    Takniah atas anugerah yang diterima. Sebagai penulis kita berbangga dengan anugerah tersebut. Saya juga penulis wanita yang mungkin seangkatan dengan beliau dan saya pernah memenangi Hadiah Novel Melayu Baru Gapena dengan novel Pelangi Tengah Hari. Saya harap ada pihak yang menjenguk karya-karya yang saya hasilkan sepanjang perjuangan saya sebagai penulis semua genre.

Sila Beri Pandangan Anda kepada Klik Web DBP

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013358
    Visit Today : 621
    This Month : 32703
    Total Visit : 1013358
    Hits Today : 2034
    Total Hits : 4134139
    Who's Online : 10
  • Kategori