Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

SETIAP perkataan yang mendapat imbuhan awalan se-, ke-, ataupun di-, hendaklah dirangkaikan ejaannya atau dengan kata lain imbuhan awalan tersebut hendaklah dieja secara bersambung dengan perkataan selepasnya.

 Imbuhan awalan se- dilambangkan dengan huruf sin [س].

 Contoh:

Rumi Jawi

Sebaya

چرتا

Serumpun

همبا

Sejambak

همڤا

Secawan

جومڤا

Sekawan

كرجا

Sekampung

مينتا

Sekelas

تيمبا

Sepinggan

تنڤا

Manakala imbuhan awalan ke- pula dilambangkan dengan huruf kaf [كـ].

Contoh:

Rumi Jawi

Kedua

چرتا

Ketiga

همبا

Kelima

همڤا

Kesegaran

جومڤا

Kegemukan

كرجا

ke Selatan

مينتا

ke kampung

تيمبا

ke sana

تنڤا

ke sini

 

Imbuhan awalan di- dilambangkan dengan huruf dal [د].

Contoh:

Rumi Jawi

Dicegah

دچڬه

Dicantas

دچنتس

Dijamak

دجمع

Dicampur

دچمڤور

Ditambah

دتمبه

Di bawah

دباوه

Di langit

دلاڠيت

Di tanah

دتانه

Bagi kata dasar yang bermula dengan vokal alif [ ا ] pula hendaklah diletakkan huruf hamzah [ء] di atas huruf alif. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. Huruf hamzah tersebut digelar ‘hamzah pembeza’.

Contoh:

Rumi Jawi

di atas

دأتس

diatasi

دأتسي

diutus

دأوتوس

keempat

كأمڤت

ke utara

كأوتارا

seindah

سأينده

keindahan

كأيندهن

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1035501
    Visit Today : 279
    This Month : 18100
    Total Visit : 1035501
    Hits Today : 1618
    Total Hits : 4247708
    Who's Online : 4
  • Kategori