Oleh  HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

 

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

PERATURAN dalam pengejaan Jawi amat teliti berbanding Rumi. Cara pengejaannya tidak tetap seperti cara pengejaan dalam Rumi. Cara pengejaan Jawi berubah-ubah caranya mengikut kedudukan huruf dalam sesuatu perkataan.

Sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dan diakhiri dengan suku kata terbuka [a] dalam ejaan Jawi hendaklah diberikan huruf alif [ا] pada suku kata akhirnya.

Contoh:

Rumi Jawi

Carta

چرتا

Hamba

همبا

Hampa

همڤا

Jumpa

جومڤا

Kerja

كرجا

Minta

مينتا

Timba

تيمبا

Tanpa

تنڤا

Terma

ترما

Pinta

ڤينتا

Ronta

رونتا

Tinta

تينتا

Sekiranya huruf alif tidak diberikan pada suku kata akhir tersebut, maka perkataan tersebut akan berbunyi begini:

 Contoh:

Jawi Rumi

چرت

Cerat

همب

Hemab

همڤ

Hemap

جومڤ

Jumap

كرج

Keraj

مينت

Minat

تيمب

Timab

تنڤ

Tenap

ترم

Teram

ڤينت

Pinat

رونت

Runat

تينت

Tinat

 Maka dalam kasus ini, kata dalam golongan ini hendaklah diberikan alifnya pada suku kata akhir.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1036169
    Visit Today : 947
    This Month : 18768
    Total Visit : 1036169
    Hits Today : 3635
    Total Hits : 4249725
    Who's Online : 12
  • Kategori