Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

KEISTIMEWAAN tulisan Jawi berbanding Rumi terletak pada cara pengejaannya berbandingnya. Salah satu daripada keistimewaan tersebut dapat kita lihat dalam kaedah yang seterusnya yang dipanggil Hukum a-ha. Kita tidak akan berjumpa dengan hukum ini sekiranya kita menggunakan tulisan Rumi.

 Hukum a-ha adalah seperti yang berikut:

1. Setiap perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih, dan diakhiri dengan bunyi a-ha [اها] maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] tidak diberikan huruf alifnya.

Contoh:

Rumi Jawi

Paha

ڤها 

Maha

مها

Jaha

جها

Usaha

اوسها

2. Setiap perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih dan mengandungi bunyi a-ha [اها] di tengah perkataan, maka bunyi [a] sebelum suku kata [ha] juga tidak diberikan huruf alifnya.

Contoh:

Rumi Jawi
Bahasa

بهاس

Cahaya

چهاي

Bahagia

بهاڬيا

Bahaya

بهاي

Sahaya

سهاي

Gahara

ڬهارا

Jaharu

جهارو

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1013622
    Visit Today : 885
    This Month : 32967
    Total Visit : 1013622
    Hits Today : 2962
    Total Hits : 4135067
    Who's Online : 12
  • Kategori