Oleh: Khairol Anuar Harith Fadzillah

Program Sastera dan Seni bertajuk “Oleh Esei Siri Kebangsaan: Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja” telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Jun 2022 bertempat di Balbuk Haus, Kampung Balik Bukit, Chuping, Kangar, Perlis.  Selain itu, Program Oleh Esei Siri Kebangsaan: Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja dalam Pembikinan Zulhezan bersama Hafiz Hamzah anjuran Jurnal Svara merupakan Siri Program Oleh Esei Kebangsaan Svara terakhir selepas Siri Program Oleh Esei Kebangsaan Svara yang diadakan di Pahang dan Pulau Pinang. Lebih menarik, Program Oleh Esei Siri Kebangsaan: Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja dalam Pembikinan Zulhezan bersama Hafiz Hamzah yang menyatukan muzik dan kesusasteraan telah dipersembahkan di tengah-tengah keindahan sawah padi di Chuping meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai dan langit mendung.

Program “Oleh Esei Siri Kebangsaan Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja dalam Pembikinan Zulhezan bersama Hafiz Hamzah” telah mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik dan sastera indie.

Program ini dimulakan dengan bacaan empat rangkap pantun yang bertemakan nasihat dan sindiran karya Allahyarham Pak Wan Khazim sebagai tokoh pemantun dan budayawan tersohor Perlis. Keindahan bahasa yang dipersembahkan dalam bacaan empat rangkap pantun tersebut merupakan satu penghormatan terhadap sumbangan beliau dalam dunia kesusasteraan Melayu, bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan filem Melayu menerusi pelibatan Pak Wan Khazim sebagai pelakon tambahan dalam filem Hang Tuah (1956), Penarek Becha (1955) dan Anakku Sazali (1956) bersama-sama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Selain itu, pengalaman menghayati keindahan pantun karya Allahyarham Pak Wan Khazim ini merupakan suatu pengalaman yang berbeza berbanding dengan pengalaman menyaksikan persembahan muzik dan lagu puisi indie yang dipersembahkan oleh Zulhezan di Kuantan dan George Town.

Persiapan pemuzik sebelum persembahan.

Kemunculan istimewa Zulhezan dalam Program Oleh Esei Siri Kebangsaan: Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja dalam Pembikinan Zulhezan bersama Hafiz Hamzah yang merupakan seorang artis lelaki solo Malaysia yang memperjuangkan muzik berkonsepkan alternatif dan indie. Selain itu, Zulhezan berjaya menghasilkan sebuah album berjudul Oleh Esei Asas (Sa-Buah) Rekod Kebangsaan (2021) yang dilancarkan pada 21 Disember 2021. Seterusnya, kisah perjalanan Zulhezan sebagai anak seni dalam dunia muzik indie di Malaysia telah diceritakan dalam Jurnal Svara. Kemunculan Zulhezan di Balbuk Haus menemui peminat muzik dan sastera indie di wilayah Utara merupakan peluang keemasan Zulhezan berkongsi idea tentang penghasilan muzik pop indie dan seni ruang dalam penciptaan lagu.

Kemunculan Zulhezan di Balbuk Haus menemui peminat muzik dan sastera indie di wilayah Utara merupakan peluang keemasan Zulhezan berkongsi idea tentang muzik pop indie dan seni ruang.

Keunggulan Hafiz Hamzah sebagai Ketua Editor Jurnal Svara yang menjayakan Program “Oleh Esei Siri Kebangsaan: Bahagian Pertama Sekilas Pandang Kerja dalam Pembikinan Zulhezan bersama Hafiz Hamzah” menerangkan pengisian jurnal Svara sejak tahun 2020 telah memaparkan artikel kesusasteraan, bahasa, seni, politik, sejarah dan filem di Malaysia dan antarabangsa. Kekuatan Jurnal Svara merupakan jurnal multidisiplin ilmu terbaik di Malaysia. Hasil sentuhan hebat Hafiz Hamzah bersama-sama sidang editor Jurnal Svara yang telah berjaya menerbitkan pelbagai artikel yang dihasilkan oleh ilmuan hebat, kolumnis terkenal dan barisan penulis hebat yang menyumbangkan artikel terbaik untuk Jurnal Svara.

Poster program.

   Penganjuran program ini telah menamatkan jelajah seni dan sastera Svara di negeri Perlis. Selain itu, Program Oleh Esei Kebangsaan Siri 2022 merupakan medium terbaik untuk generasi muda berkarya secara terbuka dalam dunia muzik puisi dan sastera indie. Hasilnya, program ini telah mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik dan sastera indie dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor. Semoga program ini dapat diteruskan demi memartabatkan muzik, sastera dan sastera indie di Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1042821
    Visit Today : 685
    This Month : 25420
    Total Visit : 1042821
    Hits Today : 1907
    Total Hits : 4281502
    Who's Online : 8
  • Kategori