OLEH KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

Pada dasarnya, konsep nilai ekonomi dalam bidang ekonomi menurut kajian Russell Pitman dalam artikelnya yang bertajuk “Consumer Surplus as the Appropriate Standard for Antitrust Enforcement” (2007) merupakan ukuran manfaat yang diberikan oleh pengeluar barang dan perkhidmatan kepada ejen ekonomi. Oleh itu, penjelasan konsep nilai ekonomi berdasarkan kajian Russell Pitman dalam artikel tersebut adalah berkaitan dengan kajian nilai ekonomi bahasa Melayu sebagai bahasa industri.

Sehubungan dengan itu, konsep nilai ekonomi sesuatu bahasa menurut Yap Siong Han dalam artikelnya yang bertajuk “Nilai Bahasa Berkait Rapat dengan Nilai Ekonomi” (2019) berkaitan dengan nilai ekonomi dan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, kemajuan negara China, Jepun, Perancis dan Jerman dalam bidang perindustrian telah memberi nilai ekonomi dalam bahasa China, Jepun, Perancis dan Jerman. Hasilnya, nilai ekonomi terhadap bahasa-bahasa tersebut dalam bidang industri terus dipelajari di seluruh dunia hingga kini.

Menyedari akan kepentingan memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Sekretariat Jaringan dan Alumni, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor telah menganjurkan “Webinar Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Industri Baharu di Malaysia: Potensi dan Cabaran”. Selain itu, webinar tersebut telah bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Zoom pada 6 Julai 2021 dan menampilkan Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP sebagai penceramah undangan dan Dr. Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM sebagai moderator.

“Keyakinan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai nilai ekonomi dan memberikan nilai ekonomi merupakan tanggungjawab kita bersama. Oleh itu, kepentingan memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu perlu diteruskan agar nilai ekonomi bahasa Melayu terus kekal relevan sebagai bahasa yang dapat membangunkan budaya dan citra nilai kebangsaan”. Demikian pengenalan awal webinar yang telah disampaikan oleh Dr. Hazami Jahari.

Dr. Hazami Jahari dalam pengenalan webinar menerangkan keyakinan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai nilai ekonomi.

Pelaksanaan Pelan Strategik DBP 2021-2025 pada tanggal 22 Jun 2021 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 yang melambangkan perjuangan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa bersifat komersial. Jelaslah bahawa Pelaksanaan Pelan Strategik DBP 2021-2025 telah membangunkan matlamat strategik, iaitu mengindustrikan dan melestarikan bahasa Melayu juga persuratan Melayu seperti yang berikut:

Pelan Strategik DBP 2021-2025

 

Pertama: Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi.

 

Kedua: Bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

 

Ketiga: Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

 

            Sumber: Pelan Strategik DBP 2021-2025.

 

Pelaksanaan Pelan Strategik DBP 2021-2025 mengandungi tiga teras utama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi yang digunakan secara meluas dalam sektor ekonomi, bahasa Melayu sebagai alat pemupukan jati diri dan perpaduan rakyat, selain bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu yang menyampaikan ilmu formal dalam pelbagai bidang. Selain itu, tiga teras utama dalam pelan tersebut menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan komersial, selain digunakan dengan meluas dalam sektor ekonomi, perindustrian, perniagaan, pelaburan dan perakaunan. Usaha ke arah menjayakan Pelan Strategik DBP 2021-2025 memerlukan komitmen, kesungguhan, kesepaduan, ketekunan dan kerjasama daripada pengurusan tertinggi dan warga kerja DBP bersama-sama semua pihak.

Usaha memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dalam bidang perindustrian menurut Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia merupakan satu tanggungjawab besar untuk memartabatka

Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa berusaha memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan nilai ekonomi bahasa Melayu ke tahap tertinggi. Oleh itu, DBP memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang ekonomi dan perindustrian. Usaha memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dalam bidang perindustrian menurut Datuk Dr. Radzi Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia merupakan satu tanggungjawab besar untuk memartabatkan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Hasilnya, DBP meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor ekonomi dan perindustrian secara global.

Langkah memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu harus seiring dengan perkembangan ekonomi semasa. Oleh itu, pelaksanaan Pelan Strategik DBP 2021-2025 telah merancakkan industri berasaskan bahasa Melayu. Malah, kesan pandemik COVID-19 sepanjang tahun 2021 membuka ruang baharu dengan mendigitalkan cara kerja di DBP dan kepelbagaian program anjuran DBP yang dilaksanakan secara dalam talian. Penubuhan portal Jendela DBP menghimpunkan penerbitan artikel, cerpen dan puisi dalam Dewan Sastera Jendela DBP, Dewan Bahasa Jendela DBP, Tunas Cipta Jendela DBP, Dewan Masyarakat Jendela DBP, Dewan Tamadun Islam Jendela DBP, Dewan Kosmik Jendela DBP dan Dewan Ekonomi Jendela DBP. Secara keseluruhannya, pendigitalan cara kerja dan penerbitan digital di DBP merupakan teknologi baharu memartabatkan bahasa Melayu, selain mengekalkan penerbitan 11 buah majalah terbitan DBP secara bulanan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa berusaha memartabatkan bahasa Melayu dan mengukuhkan nilai ekonomi bahasa Melayu ke tahap tertinggi. Selain itu, DBP berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang ekonomi, perindustrian dan perniagaan. Ringkasnya, DBP akan meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor ekonomi, perindustrian dan perniagaan secara global.

Nilai ekonomi bahasa Melayu akan setanding dengan bahasa Inggeris dan semua bahasa lain di seluruh dunia jika bahasa Melayu digunakan dengan meluas dalam bidang perniagaan. Sebagai contohnya, kadar penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan di Malaysia adalah berdasarkan penggunaan bahasa Melayu secara meluas dalam urusan perniagaan. Oleh itu, penggunaan bahasa dalam urusan perniagaan secara meluas dapat dijadikan sebagai alat komunikasi.

Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang ekonomi dan perindustrian telah memperkenalkan khazanah perbendaharaan kata dan istilah yang sesuai dalam bidang perindustrian, perniagaan, perdagangan, pelaburan, perakaunan dan perangkaan. Hakikatnya, keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden dalam bidang ekonomi dan perindustrian setanding dengan keunggulan bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Jepun. Jelaslah bahawa keunggulan bahasa Melayu dalam era kemasyhuran perdagangan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka terkenal sebagai bahasa lingua franca yang merentas Alam Melayu dan tamadun Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. Oleh itu, penggubalan Akta DBP tidak memberi kebenaran untuk penubuhan syarikat berdasarkan kuasa DBP yang bersifat terhad menjalankan fungsi komersial sahaja.  Selain itu, penggubalan Akta DBP tidak memberikan kuasa sepenuhnya untuk DBP melaksanakan penguatkuasaan. Hakikatnya, kuasa tersebut terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan. Maka, DBP turut berfungsi untuk menasihati dan membuat teguran sahaja. Tambahan pula, DBP bertanggungjawab memberikan perkhidmatan selain melaksanakan kewajiban sosial dan pelaksanaan dasar kerajaan. Secara keseluruhannya, kedudukan DBP sebagai sebuah badan berkanun di Malaysia terikat dengan peraturan dan pekeliling kerajaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga menghadapi pelbagai cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi. Kedudukan DBP sebagai sebuah badan berkanun di Malaysia terikat dengan peraturan dan pekeliling kerajaan. Oleh itu, penggubalan Akta DBP tidak memberi kebenaran untuk penubuhan syarikat berdasarkan kuasa DBP bersifat terhad untuk menjalankan fungsi komersial sahaja.  Selain itu, penggubalan Akta DBP tidak memberikan kuasa sepenuhnya untuk DBP melaksanakan penguatkuasaan. Kuasa tersebut terletak di tangan Pihak Berkuasa Tempatan. Maka, DBP berfungsi untuk menasihati dan membuat teguran sahaja. Ringkasnya, DBP bertanggungjawab memberikan perkhidmatan, melaksanakan kewajiban sosial dan melaksanakan dasar kerajaan.

Nilai ekonomi bahasa Melayu sebagai bahasa industri telah memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi dan bahasa industri di Malaysia dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan Masyarakat 5.0. Oleh itu, penganjuran webinar ini dapat memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa industri baharu di Malaysia. Selain itu, nilai ekonomi bahasa Melayu sebagai bahasa industri di Malaysia merupakan hasil pelaksanaan Pelan Strategik DBP 2021-2025 dalam Sambutan Ulang Tahun Ke-65 DBP. Jelaslah bahawa keunggulan tema “Aksara Nan Hidup Sepanjang Zaman” sebagai tema Sambutan Ulang Tahun Ke-65 DBP berupaya memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu sebagai bahasa industri di Malaysia.

“Selamat Ulang Tahun Ke-65 DBP. Dirgahayu Bahasa Melayu!

 

RUJUKAN

Fatin Syazana Zulkafali. 2021. “Pelan Strategik DBP 2021-2025: Pemerkasaan

 

Bahasa Melayu Bahasa Ekonomi.” https://dewanekonomi jendeladbp.my.

 

(17 Oktober 2021).

 

Omar Zin, 2021. Pelan Strategik DBP Terus Martabatkan Bahasa Melayu dalam

 

Utusan Digital.html. (18 Oktober 2021).

 

Pelan Strategik DBP 2021-2025: Secara rasminya dilancarkan pada tanggal 22

 

Jun 2021 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Penubuhan

 

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22 Jun 1956.

 

Pelan Strategik DBP: Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Ekonomi dalam Malaysia

 

     Kini.html. (17 Oktober 2021).

 

Russell Pitman, 2007. “Consumer Surplus as the Appropriate Standard for Antitrust

 

Enforcement” dalam Competition Policy International, Vol.3, No.2.

 

Yap Siong Han, 2019. “Nilai Bahasa Berkait Rapat dengan Nilai Ekonomi” dalam

 

Utusan Borneo Online.html. (18 Oktober 2021).

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1041231
    Visit Today : 546
    This Month : 23830
    Total Visit : 1041231
    Hits Today : 1592
    Total Hits : 4272135
    Who's Online : 15
  • Kategori