Dunia kanak-kanak penuh imaginasi indah dan penuh warna-warni. Namun begitu, tanpa dorongan dan kasih sayang keluarga, umpama hidup mereka kontang dan mati jiwanya. Dalam keterbatasan masa untuk mendidik, bimbinglah mereka dengan mencorakkan akhlak yang baik, agar mereka mampu mengawal emosi sendiri. Novel ini memperlihatkan kesedihan Adam yang terpaksa mengikut keluarganya berpindah. Adam cuba melupakan kesedihannya dengan melukis kartun kesukaannya, Angry Bird. Keasyikannya melukis dan berkhayal watak kartun tersebut menyebabkannya tidak memberi tumpuan pada peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Sikap ibunya yang sering membandingkan Adam dengan abangnya juga menyebabkan Adam berkecil hati. Adam semakin tertekan apabila ibunya bertindak tegas dengan menyimpan semua koleksi lukisannya. Adam akhirnya, disahkan doktor menghidapi masalah Bipolar Disorder. Apakah masalah yang dihadapi oleh pesakit seperti Adam ini? Dapatkah keluarganya memulihkan penyakit Adam?

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    209087
    Melawat Hari Ini : 288
    Jumlah Pelawat : 209087
    Hits Hari Ini : 1022
    Jumlah Hits : 506407
    Siapa atas talian : 2
  • Kategori